memang mengempar ada pelajar IPT sanggup guna jin inggeris untuk lulus cemerlang subject BI





Kalau dengar memang pelik dan tak percaya dengan perkara-perkara mengarut ini. Tapi memang benar kerana jin "Kafir" bukan khas untuk orang Melayu sahaja di dunia ini. Ada jin yang bertuankan "Mat Salleh" tinggal dalam gereja murtadkan orang Islam yang lemah iman kerana RM1000. Yang tinggal kat Wat Siam lagi banyak, tugas utamanya melakukan kerja-kerja sihir untuk tuannya. Kadang-kadang bila seorang itu disampok Jin yang berdampingi dengan bomoh Siam itu. Orang itu boleh bercakap Siam. Selalu berlaku bila berubat kat Pusat Perubatan Islam semasa Ustaz hendak keluarkan makhluk halus dari badan pesakit. Ada yang terkena Jin dari Indonesia boleh bercakap bahasa Jawa Sunda sebiji macam suara penyanyi Broery Marantika(Akhir Sebuah Impian).

KUALA LUMPUR: Mungkin ramai menganggapnya melucukan, namun ia benar-benar berlaku apabila segelintir penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini percayakan kuasa daun sirih untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Bahasa Inggeris. 

‘Daun sirih hikmat’ itu diperoleh daripada seorang bomoh dengan bayaran RM350, jumlah yang mereka anggap berbaloi kerana membolehkan mereka lulus cemerlang subjek bahasa Inggeris selepas sekian lama gagal atau sekadar lulus ‘cukup makan.’

Dua pelajar IPT terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 22 dan Rashid, 23, mendakwa daun sirih itu amat berkesan apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang setiap kali peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

“Terpulang kepada orang lain sama ada mahu percaya atau tidak, tapi bagi saya dan beberapa rakan lain, kami sudah menggunakan sirih itu dan ia terbukti berkesan.

“Cara menggunakannya juga mudah, tak perlu makan dan tak perlu baca sebarang mantera atau jampi, sebaliknya kita hanya perlu letakkan sirih itu di dalam poket seluar ketika memasuki dewan peperiksaan,” kata Azman ketika ditemui.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan