kisah cikgu dan anak murid nya!!!!.

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.) 



lucu kan huhuhu =D =P

wallpaper boboiboy dan upin ipin





























































































boboiboy animasi terhebat

BoBoiBoy

Salam sejahtera. Boboiboy adalah  satu siri animasi baru yang bakal merancakkan lagi industri animasi malaysia. Animasi ini akan disiarkan di TV3,dan diarahkan oleh Mohd. Nizam Abd Razak dan bersama tiga orang lagi rakan beliau iaitu Mohd. Safwan Ab. Karim, Muhammad Anas Abdul Aziz dan Kee Yong Pin.Disini saya ceritakan sedikit mengenai animasi terbaru BOBOIBOY utk korang semua.




sinopsis


Konsep asal cerita BoBoiBoy berkisarkan makhluk asing yang tiba ke Bumi lalu ketagih akan kopi dan mahu menyaingi keenakan kopi yang dihidangkan di kedai kopi datuk kepada watak utama. Tidak lama kemudian, konsepnya diolah semula kepada serangan makhluk asing ke Bumi untuk memburu koko. Penjelasannya, mengikut halaman Facebook BoBoiBoy, kopi berasa pahit, maka digantikan dengan koko Walaupun merekaadalah superhero, mereka masih anak-anak yang selalu mencari cara untuk memilikipermainan menyenangkan dan bermain sementara menegakkan keadilan dan berbuat baik.

Watak


BoBoiBoy
Name:BoBoiBoy
Age:10 years old
Powers:Earth, Wind, Lightning and the ability to split into 3.
Likes:Soccer and "The Adventure of Bobos" TV show
Hates:Adu Du the alien.
BoBoiBoy lives with his grandfather Tok Aba who owns a traditional coffee shop. Sometimes he has to help his grandfather at the shop before going out to meet his friends. Though smart and agile, BoBoiBoy is quite mischievous and likes to play little pranks on his friends. Despite that he will not hesitate to fight aliens, monsters and robots to defend his family and friends.His pastime includes watching his favourite action hero show "Bobos" and a game of Soccer with Gopal.



Gopal
Name:Gopal
Age:11 years old
Powers:Material Manipulation
Likes:Food and Games
Hates:Homework
Gopal is BoBoiBoy's best friend. He has the most unique power in the group, the ability to change materials into something else but since he loves food so much, he likes to change them into chocolates and candy. Though having such great powers, Gopal is still a little innocent and easily frightened. Nevertheless he is a loyal friend and will stay with the team in any circumstances.



Yaya
Name:Yaya
Age:10 years old
Powers:Super strength and flight
Likes:Cats
Hates:BoBoiBoy's pranks
Despite being the strongest human on earth, YaYa is actually a reserved kind of a little girl. Only when she is fighting aliens will she show her more aggressive side. In her pastime she tries to get extra pocket money by selling cookies that she and her mom bakes. Being the most reasonable person in the group, YaYa usually becomes the moral voice among her friends. YaYa has a pet cat named Potato.






Ying
Name:Ying
Age:9 years old
Powers:Super Speed
Likes:Outdoor Activities
Hates:Waiting for people
In real life, Ying is a shy girl but when she turns to a super hero she becomes brave and more impulsive. She normally wears glasses but takes it off when she turns into a super hero which kind of makes it a little problem for her since she can't see is shortsighted. Nevertheless Ying is a strong hearted girl who is not afraid of anything. She is also YaYa's best friend.


NI adalah watak2 supehero dalam animasi boboiboy




ini adalah sedikit ringkasan mengenai watak dalam animasi ini


Apa yang menarik dalam Boboiboy ialah beberapa daya tarikan yang terkandung meliputi karakter superhero Bo, Boi dan Boy, nilai-nilai murni, karakter makhluk asing (alien) dan juga unsur futuristik di sekitar ibu kota.
Ringkasnya mengenai animasi tersebut, ia memaparkan karakter utama iaitu seorang kanak-kanak bernama Boboiboy dan dibantu oleh beberapa karakter tambahan seperti Gopal, Ying, Yaya.
Dalam usaha menyalur bantuan kepada orang ramai, Boboiboy akan terpisah kepada tiga orang iaitu Bo, Boi dan Boy yang mempunyai tiga kuasa berbeza termasuk tanah, angin dan petir.
Turut diwujudkan ialah karakter makhluk asing yang membawa pulang biji kopi ke planetnya, namun kerana aroma dan rasa kopi yang begitu sedap, seluruh kroni makhluk asing itu sanggup turun ke bumi semata-mata untuk mendapatkan kopi tersebut.
Secara ringkasnya juga, Gopal iaitu karakter budak India yang mempunyai kuasa menukar sesuatu barang kepada barang yang lain.
Ying karakter budak Cina yang mempunyai kuasa yang membolehkannya bergerak pantas berbanding rakan-rakannya yang lain. Sementara itu, Yaya pula merupakan karakter kanak-kanak perempuan comel yang bertudung.( itu sahaja lah cerita kali ini :) 


UPIN DAN IPIN THE STORY..

UPIN DAN IPIN THE STORY..




Betul...betul..betul ...antara dialog dlm siri ipin dan upin yang menjadi kegilaan pada masa kini.. Bkan setakat budak kecil tahu siri upin dan upin..malahan dari abah ke mak seterusnya ke datuk dan nenek pun meminati siri ini. Di sini saya nak berkongsi info mengenai satu fonemena baru dikalangan masyarakat malaysia bahkan asia..




INFO MENGENAI IPIN DAN UPIN

Upin & Ipin ialah tajuk bagi sebuah siri animasi tayangan singkat yang dihasilkan oleh syarikat animasi Les' Copaque di Malaysia, dan juga nama bagi dua watak utama siri ini. Upin & Ipin merupakan keluaran sampingan bagi filem Geng: Pengembaraan Bermula yang juga menampilkan watak utama siri animasi tersebut.

Mula-mulanya, Upin & Ipin disiarkan sempena bulan Ramadan pada tahun 2007 Masihi di TV9 (Malaysia), dengan tujuan mendidik anak-anak agar menghayati erti bulan mulia, kini menjangkaui empat musim dan tidak terhad pada televisyen, bahkan juga dalam bentuk DVDdan penstriman video melalui Internet. Upin & Ipin juga berjaya dipasarkan di luar negara, khususnya negara jiran Indonesia.

Atas kejayaan menambat hati penonton serantau, Upin & Ipin disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai "Animasi Paling Berjaya" pada tahun 2011.Selepas filem Geng, watak Upin & Ipin bakal membintangi sebuah lagi filem cetera berjudul Laksaman upin ipin yang dijangka keluar pada tahun 2012.
   


LATAR BELAKANG DAN SENARAI WATAK



Upin dan Ipin ialah sepasang adik-beradik kembar berusia tadika yang tinggal bersama kakak Ros dan Opah serumah di Kampung Durian Runtuh, setelah kematian kedua-dua ibu bapa mereka sewaktu masih bayi. Upin dan Ipin bersekolah di Tadika Mesra yang terletak dalam kawasan kampung, di mana mereka berkawan dengan ramai kanak-kanak yang bermacam-macam ragamnya, antaranya Mei Mei yang comel dan berpemikiran waras, Jarjit Singh yang gemar berjenaka dan berpantun, Ehsan yang penyepi, cemerkap dan kuat makan, Fizi (sepupu Ehsan) yang penuh yakin diri tetapi suka memerli, dan Mael yang berdaya keusahawanan dan pandai berkira.


Kampung Durian Runtuh diketuai oleh Isnin bin Khamis yang lebih dikenali sebagai Tok Dalang kerana merupakan pakar watak kulit.. Tok Dalang menjaga segagasan pokok rambutan untuk tujuan komersil dan membela ayam jantan bernama Rembo. Antara penduduk-penduduk lain Kg Durian Runtuh yang dikenali termasuk Muthu, pegerai makanan kampung yang tinggal bersama anaknya Rajoo dan lembu peliharaannya Sapy; Salleh @ Sally, seorang bapuk yang bermulut pedas; dan Ah Tong, peniaga tanaman yang kuat bercakap. Kampung Durian Runtuh juga didatangi oleh seorang gadis bernama Susanti yang berpindah sekeluarga dari Indonesia



Antara watak-watak yang terdapat di dalam siri upin dan upin.
tapi saya suka watak ehsan..cute..


upin dan ipin ketika menang anugerah SHOUT AWARD 2009


                                                 SAMBUTAN DAN PENGARUH

Siri dan francais Upin & Ipin nyata berpengaruh di rantau Nusantara, khususnya di Malaysia dan Indonesia. Musim pertamanya yang diperkenalkan kepada umum sempena musim Ramadan 2007 bukan sahaja disambut hangat oleh penonton, bahkan juga mengurniakan anugerah pertamanya sebagai "Animasi Terbaik" di Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur yang dianjurkan pada tahun yang sama.
Ketika musim keduanya disiarkan pada musim Ramadan 2008, dilaporkan sejumlah 1.5 juta penonton menonton siri animasi ini di TV9, menjadikannya siri kartun kedua teramai penonton di televisyen Malaysia, mengekori DOREMON (1.6 juta orang), tetapi di hadapan Sponbob squarepants (800,000 orang). Kelarisan jenama Upin & Ipin juga dipercayai menjadi pemangkin kepada kejayaan filem animasi CGI pertama Malaysia, Geng: Pengembaraan Bermula (2009) yang juga diterbitkan oleh Les' Copaque dan menampilkan watak Upin dan Ipin, yang mencapai hasil kutipan yang cemerlang iaitu RM 6.31 juta selama tujuh minggu di pawagam, menjadikannya antara filem tempatan yang paling lumayan dalam sejarah perfileman Malaysia









Ketika musim ketiga disiarkan dengan pada musim cuti sekolah akhir tahun 2009, pihak TV9 melaporkan bahawa siri Upin & Ipin mencatat 1.6 juta penonton, menjadikannya rancangan kedua teramai penonton di saluran tersebut, mengekori tak lain tak bukan filem Geng yang menikmati tayangan perdana diTV percuma dengan 2.45 juta penonton (TVR 12.8).

Nyata sekali, Indonesia menjadi pasaran eksport utama untuk francais Upin & Ipin. Pada tahun 2009, pihak TIP selaku penyiarnya di republik itu melaporkan TVR sebanyak 10.5 peratus. Penangan Upin & Ipin di seberang ditandai oleh puji-pujian dari pengarang kolum akhbar di Indonesia, misalnya Fadil Abidin untuk akhbar Anilasi yang mengulas bahawa siri ini kaya dengan pendidikan serta unsur Islam, seperti menghormati sesama kawan yang berbeza kaum dan agama sehingga watak-wataknya bukan sahaja terdiri daripada orang Melayu, Cina dan Tamil, bahkan juga orang Indonesia.
Sempena sambutan perayaan Hindu nyepi di bali pada Mac 2010, tersiarnya gambar patung ogoh-ogoh yang dilaporkan amat menyerupai Upin & Ipin. Pembuatan ogoh-ogoh berupa Upin dan Ipin ini dilaporkan menelan belanja 4 juta rupiah (kira-kira RM 1,500).
Watak-watak dalam siri ini juga diabadikan di setem Malaysia, sebagai contoh untuk mengilustrasi permainan galah panjang pada setem 60 sen


Filem animasi malaysia yang mendapat jumlah kutipan yang besar
antara kejayan upin dan upin!!!