cara lajukan Internet Sepantas Kilat!

Cara nak bagi laju surfing internet, super power juga la. Aku dah cuba, macam pakai Unifi je. Berdesup...



CARA-CARA :


1) Start > Run > taip gpedit.msc


2) Akan keluar satu tetingkap 'Group Policy'
-- click pada Local Group Policy > Computer Configuration > Administrative Templates > Network > klik pada QoS Packet Scheduler


3) Di sebelah page tu, ada tulis Limit reservable bandwidth


4) Klik kanan Limit reservable bandwidth > Properties atau Edit > Enable > dekatBandwidth limit (%) > set pada 100


5) OK. Siap. Try surfing internet




** Tutorial ini diajar oleh anda sahaja. Dilarang sama sekali berkongsi tutorial ini dengan sesiapa sahaja.haha tidaklah main2x jew. nak kongsi? kongsi jew dengan rakan anda


Semoga Bejaya! Tinggalkan komen anda sebagai satu penghargaan!!

Rahsia Misi Dajjal Dan Freemason Di Timur Tengah


rahsia dajjal dan freemason
Majoriti masyarakat mengatakan tujuan Amerika menyerang Iraq, Afghanistan dan menguasai minyak negara-negara Islam lain adalah kerana mahukan minyak dan sumber kewangan.
Di sini ingin saya jelaskan TIDAK. Ia bukan faktor utama, tetapi saya bersetuju jika dikatakan tujuan ‘menyerang’ itu sebagai ’salah satu faktor’.
Benarkah Dajjal Perlukan Wang?
Dengan penguasaan penuh syarikat-syarikat gergasi Yahudi di seluruh dunia daripada pembuatan seluar dalam hinggalah kepada stesen angkasa lepas, adakah mungkin Dajjal masih memerlukan wang untuk meneruskan agenda ketuhanannya?
Harus diingat, matlamat akhir Dajjal adalah memastikan …
“Semua masyarakat dunia menyembahnya sebagai Tuhan”
Untuk meneruskan misi di atas ada 3 perkara yang menjadi faktor penghalang
1. Imam Mahdi
2. Nabi Isa a.s.
3. Agama Islam
Senario Sekarang VS Kemampuan Dajjal
Kita perlu memahami dua persoalan ini iaitu senario/situasi yang berlaku sekarang dengan kemampuan yang telah dikecapi Dajjal.
Adakah sesuatu yang logik, Dajjal yang telah dikurniakan Allah SWT pemikiran yang genius, umur yang panjang, mendapat pertolongan Iblis, Syaitan dan Jin serta tinggal di rumah Segitiga Bermuda yang kebal itu masih memerlukan wang masyarakat dunia?
Jika dibandingkan dengan situasi sekarang, media Islam dan antarabangsa melaporkan kerajaan-kerajaan Dajjal iaitu Amerika dan Britain melakuan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq untuk mendapatkan minyak.
Benarkah begitu?
Saya paling tidak setuju dengan kenyataan ‘mencuri minyak’ oleh media massa. Itu bukanlah faktor utama. Pasti ada misi tersembunyi yang mendokong misi Dajjal melancarkan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq.
Wang sudah tidak menjadi masalah dan bukan lagi suatu masalah kepada Dajjal, agen-agen Dajjal sudah pun menguasai minyak dunia sejak 400 tahun dahulu bermula dengan empayar keluarga Rothschild, Rockefeller dan Halliburton.
Misi Sebenar Dajjal
Teliti hadith-hadith ‘misi’ Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. yang disabdakan oleh Rasulullah SAW
Berdasarkan fakta-fakta hadith seperti di bawah, kita dapat ketahui suatu misi tersembunyi Dajjal yang telah pun dilaksanakannya sekarang.
“Al-Mahdi berasal dari keturunanku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung, ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagai mana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dia berumur tujuh tahun.”
(Riwayat Abu Daud dan Hakim)
“Kemudian kamu akan memerangi kaum ROm dan kamu akan mengalahkan mereka dengan izin Allah .”
(Riwayat Bukhari)
Semua perkataan yang dimerahkan adalah bermaksud misi Imam Mahdi selepas dibaiahkan oleh umat Islam. Apakah Dajjal tidak tahu akan misi ini? sudah pasti ia tahu.
Dajjal yang genius itu sudah pasti dapat membaca matlamat perjuangan Imam Mahdi melalui hadith ini. Dajjal tidak perlu menumpukan kepada teori-teori tempat kelahiran Nabi ISa a.s. kerana Dajjal tahu Nabi Isa akan ‘diturunkan’ dari kerajaan langit bukannya dilahirkan semula dari perut-perut wanita Islam.
Misi sebenar Dajjal ialah ….
“Mencari dan membunuh Imam Mahdi melalui pencerobohan dan peperangan di negara-negara Islam”
Dajjal mengetahui dan diberi pengetahuan bahawa kemunculan Imam Mahdi berbeza dengan kemunculan Nabi Isa a.s.
Imam Mahdi seperti yang disebutkan Rasulullah akan lahir dari keturunannya sendiri iaitu sebelah puterinya Fatimah. Manakala perwatakan Imam Mahdi dari segi fizikal dan zahiriah adalah hampir serupa.
Menyedari bahawa Imam Mahdi adalah bersifat manusia biasa yang ‘akan dilahirkan’ oleh seseorang di atas muka bumi ini, maka Dajjal memikirkan penting untuk mencari ‘individu-individu’ yang dijangka melahirkan Imam Mahdi.
Teori Tentang Strategi Dajjal
Disini saya ingin membentangkan teori-teori tentang strategi Dajjal untuk mencari ibu-ibu yang bakal melahirkan Imam Mahdi.
Secara logiknya adalah sukar bagi Dajjal. Tetapi secara praktikalnya Dajjal mempunyai pilihan terbaik, iaitu ….
Untuk mencari anak-anak kecil yang bakal menjadi Imam Mahdi, hadith-hadith Rasulullah dan pandangan-pandangan ulama’ harus diambil kira.
Pandangan ulama’ perlu bagi Dajjal kerana Imam Mahdi adalah superhero untuk umat Islam, dan kelibatnya amat ditunggu-tunggu sehinggakan ada yang mengaku Imam Mahdi.
Jika kita mengambil maklumat dari hadith, ulama’ dan faktor sejarah, maka keputusan tentang kemunculan Imam Mahdi akan diperoleh seperti berikut:
#Teori 1 : Imam Mahdi di Iraq dan Iran
Rasulullah mengatakan Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Fatimah – maka Imam Mahdi adalah cucu-cicit dari keturunan Hassan dan Hussein kerana Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib.
“Al-Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah.”
(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)
Kaitannya dengan Iraq dan Iran, – Negara Iraq yang luas itu mempunyai jumlah majoriti penduduk Syiah 70% berbanding penduduk Sunni. Mengikut pandangan penganut Syiah, Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Hussein.
Penganut mazhab Syiah amat berpegang teguh dengan kepercayaan ini, mereka dengan penuh yakin mengatakan Imam Mahdi akan muncul dari kalangan Syiah, tambahan pula Iran sekarang semakin menghampiri tampuk negara kuasa utama dunia.
Maka adalah logik untuk Dajjal menyerang dan memporak perandakan kedua-dua negara ini kerana Imam Mahdi mungkin akan lahir dari penduduk Iran dan Iraq. Untuk mencari dan menyelidik setiap seorang adalah sukar, dengan menghapuskan wanita-wanita Islam dan kanak-kanak sekali gus lebih mudah.
Senario sekarang dilihat tentera PBB terus ditempatkan di Iraq, ianya sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga memerhati kemunculan Imam Mahdi.
Afghanistan adalah negara kecil yang kaya dengan minyak tetapi teramat kuat dari segi keimanan penduduknya walaupun terdapat pelbagai suku.
Semenjak kemenangan Mujahiddin ke atas Soviet Union, ia mengundang pelbagai persoalan dan tanda tanya terhadap para perancang perang Amerika dan Eropah.
Apakah keistimewaan Mujahidin?
Memandangkan keturunan Saidina Hassan dan Hussein berselerakan di merata dunia, maka ramalan bahawa Mujahidin dipimpin oleh bakal-bakal Imam Mahdi kelihatan logik bagi Dajjal.
Dajjal tidak mengenali Imam Mahdi, jadi menyerang secara gerila negara kecil ini sudah memadai untuk melenyapkan Imam Mahdi.
Sehingga sekarang tentera PBB ditempatkan di Afganistan. Menurut Setiausaha Agong PBB ketika itu, Koffi Annan, ianya sebagai langkah mengawal keamanan. Tetapi bagi saya ianya sebenarnya sebagai langkah ‘berjaga-jaga’ menanti kemunculan Imam Mahdi.
Pernahkah kita terfikir?
Pernahkah kita terfikir, apa lagi yang diperlukan Amerika di Iraq selain minyak. Apakah tidak cukup minyak yang terdapat di Afghanistan. Atau ada faktor lain yang menyebabkan Amerika akan terus meletakkan tenteranya di situ.
Pada 8 Disember 2006, Al-Jazeera melaporkan 6 kanak-kanak dan 8 wanita telah di bunuh di kampung Ishaqi, 90km di utara Baghdad. Pembunuhan ini dilakukan oleh pasukan tentera udara Amerika yang menjatuhkan bom di dua buah kediaman orang awam.
Wartawan CNN sendiri iaitu Mike Mount, Jomana Karadsheh dan Barbara Starr pada 12 Oktober 2007 melaporkan, tentera Amerika dalam operasi terbarunya telah membunuh 15 kanak-kanak dan wanita sekali gus. Tiada lelaki yang maut dalam operasi itu.
Dan berpuluh-puluh lagi berita pembunuhan orag awam yang majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita yang berlaku.
Jadi, apakah kaitannya wanita dan kanak-kanak dalam operasi ini?
Adakah ianya kebetulan?
#Teori 2 : Imam Mahdi adalah orang kaya Muslim
“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya, dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.”
(Riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim)
Kemungkinan Dajjal mengetahui akan maksud Rasulullah SAW ini, dan dia (Dajjal) tahu khalifah Islam itu adalah seorang kaya yang beriman. Dajjal mungkin tidak tahu siapa, tetapi dalam mengatur strategi adalah lebih baik membuat andaian bahawa:
“Semua orang kaya Muslim hendaklah dikawal atau pastikan tiada orang Muslim menjadi kaya.”
Jika strategi di atas diambil kira, kita boleh mengandaikan Dajjal telah bersedia menghadapi situasi ini untuk membendung kemunculan Imam Mahdi.
Lihat sahaja orang kaya Muslim di dunia, siapa paling kaya? Sudah pasti orang Arab terutamanya keturunan-keturunan kerabat Diraja Saudi, Kuwait dan UAE. Tetapi adakah mereka ini bebas.
Tidak! Mereka tidak bebas, mereka terikat dengan perjanjian-perjanjian konsesi minyak di negara mereka. Kekayaan mereka adalah dari pemberian syarikat-syarikat minyak Yahudi yang melombong di tempat mereka.
Bagi saya, Dajjal tahu perkara ini, tetapi Dajjal mengambil langkah lebih awal lagi agar mana-mana orang kaya Muslim yang menonjol keimanannya dapat diperhatikan, Dajjal bimbang sekiranya orang kaya tersebut adalah individu yang dimaksudkan dalam hadith di atas.
Kesimpulannya
Pada pandangan peribadi, saya amat yakin tujuan sebenar Dajjal menakluk dan menguasai ekonomi negara bukan sahaja di atas faktor politik dan ekonomi, tetapi ianya sebenar dijadikan jalan pintas untuk meninjau dan membendung kelibat atau tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi yang dijanjikan Allah SWT.
Imam Mahdi adalah khalifah yang akan mengetuai tentera fisabilillah yang akan muncul dari timur….
Wallahu’alam.

Tutorial= Cara Download dan Install Portable Adobe Photoshop


...Assalamualaikum...
kali nii
saya nak ajar ,mcam mana 
nak download dan install Portable Adobe Photoshop
Ok. Jom Ikut Step by step di bawah :

1. Download Adobe Photoshop dulu >>photoshop

2. Klik Download Button seperti di bawah :



3. Lepas dah klik Download Button tu. Korang bolehlah masukkan Verification Code seperti di bawah, dan tekan download :

 

4. Sudah kan ? Dan akan keluar Pop-Up Box seperti di bawah kadang2 tiada kat bawa nii dia 
   akan terus download

               

== Ianya mengambil masa yang agak lama lah jugak nak download.. Lebih kurang dalam sejam !!! Harap bersabar yeee!!!!

5. Lepas dah selesai download tuh , korang perlu extract file dulu taw .
Tak tahu nak extract ? Macam ni :P


           1.Bila sah abis download , dia akan keluar satu pop-up box mengatakan "Download Finished" kan ?
           2.Korang Tekan Right Click dekat File Download tadi tu...
           3.Then . Click Open Containing Folder
           4.Bila dah open tuh.. Tekan Right Click pada folder tuh. Dan Tekan Extract File
           5.File sudah di-Extractkan. (wahh..ada ke bahasa macam tu?hehe)

6. Selepas Extract , buka folder tersebut dan double click pada icon Adobe Photoshop yang berwarna biru.. Lihat Contoh di bawah yer :

 

7. Lepas tuh , akan keluar license Agreement . Tekan je Accept. Contoh :
 

8. Then , korang tunggu beberapa saat yer .. Sabar.. sabar.. Tengah loading tu.
 

9. finally Lepas dah habis loading.. Akan keluar macam dekat bawah ni ! .bolehlah guna korang punya Adobe Photoshop tu =D 
 

SELAMAT MENCUBA !!

Cara nak letak lagu banyak-banyak dalam blog.

salam korang .. hari ini saya akan buat toturial pasal lagu letak kat blog 
 cara2 nya!
 1. Firstly, klik SCM Player ini. 
2. Kan kat first sekali tu dia tunjuk "Choose Skin" tu, so pilihlah skin musicplayer yang anda nak.
3. Then, tekan Edit Playlist, lepas tu letak tajuk lagu dalam kotak Song Title, dan url lagu dalam kotak Song URL. Macam yang saya buat di dalam printscreen di bawah.



Okay, SCM player ni best gila kot. Sebab boleh letak banyak sangat lagu, senang cite, semua lagu dalam dunia ni pun boleh letak!

Oh ye, ambik URL tu dekat macam yang saya tunjuk ni,



4. Lepas dah letak url and title semua tu, anda pergi kat configure settings.


Nombor 1= Autostart bermaksud, bila ade orang masuk blog anda jer, lagu tu termain dengan sendiri. So, kalau nak lagu tu termain sendiri, klik Yes.

Nombor 2= Shuffle Playback tu maksud dia, anda nak mainkan secara ikut turutan ataupun  tak untuk lagu-lagu yang anda dah masukkan. SO, kalau nak dia randomly playing je, tekan YES.

Nombor 3= Default Volume tu, bila orang masuk blog anda, dia akan automatik volume dia kekal camtu. Macam kat printscreen kat atas ni, 50% je volume dia. So takde la pecah gegendang telinga pembaca blog anda.

Nombor 4=Placement of the Player tu lebih baik "bottom" je, sebab kalau letak "top" macam pelik je aku nengoknye. Errr, suka hati anda la nak letak mane pun kan? bukan blog saya pon hehehe!!!.

Nombor 5= Show Playlist by Default tu letak je la Yes. Saya pun taktau itu ape.

Nombor 6= Tekan Done lepas dah siap semua tu.


Finally, dia akan tunjuk kod. So, copy semua kod tu, bukak Dashboard>>Design>>Page Element>>Add A Gadget>>Html/Javascript>>Paste the code>>Save.

Kertas soalan SPM disyaki bocor

SANDAKAN BAH: Kertas soalan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 bagi beberapa subjek disyaki bocor dan diedar secara berleluasa dalam media sosial Facebook.
Seorang guru tuisyen mendakwa, kertas peperiksaan yang disiarkan pengendali laman “2012 SPM ..............” sebagai
‘soalan ramalan’ itu agak meragukan kerana 99 peratus daripada kesemua soalan bertepatan dengan kertas soalan sebenar yang diduduki pelajar.
“Berdasarkan komen pelajar dalam Facebook, rata-ratanya berpuas hati kerana soalan ramalan yang diberi adalah tepat,” katanya dalam sidang media di Pejabat Parlimen DAP Segambut di sini hari ini.
Enggan dikenali, guru tuisyen Bahasa Inggeris itu mendakwa pengendali laman itu bertindak keterlaluan apabila mereka turut cuba mengaut
keuntungan dengan mengutip ‘derma’ daripada pengguna Facebook, majoritinya remaja sekolah, tanpa menyatakan tujuan secara jelas.
Ini dibuktikan dalam salah satu gambar album laman itu menyiarkan gambar wang kertas RM50 “menerima bayaran pertama daripada peminat sebagai ‘derma’ untuk laman web ini”.
“Kebanyakan kertas bocor itu adalah soalan berbentuk subjektif. Pengendali cuma ubah suai soalan dan topik supaya nampak berlainan, namun jawapannya tetap sama,” katanya.
Katanya, beliau turut menerima rungutan daripada ibu bapa dan guru sekolah yang ragu-ragu dengan laman Facebook itu dan bimbang ia akan menjejaskan prestasi sebenar pelajar.

‘Orang dalam’ menjadi dalang?
Sementara itu, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng mendakwa dalang yang mengendalikan laman ini adalah daripada ‘orang dalam’ sendiri yang mempunyai kaitan dengan Jabatan Pelajaran dan dipercayai menjalankan kerja secara berkumpulan.
Beliau berkata ada cubaan pihak tertentu yang menyalahgunakan kuasa mengaut keuntungan dengan mengedarkan kertas soalan bocor.
“Soalan ramalan itu bukan satu kebetulan. Ini satu bentuk penipuan dan tidak boleh diterima.
“Bayangkan pelajar memohon kolej dan matrikulasi menggunakan keputusan peperiksaan percubaan yang diperoleh berdasarkan latihan soalan bocor itu. Ini tak adil,” katanya.
Sehubungan itu, Lim berkata pihaknya akan membangkitkan isu ini kepada Menteri Pelajaran sebaik sahaja sidang Parlimen bermula 24 September depan.
“Kerajaan mahu merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Nasional yang baru tetapi masih gagal menangani masalah ini yang semakin menjadi amalan biasa,” katanya.
klik kat bambar jew

komen kata orang 


sekian!!!!!

Soalan bocor SPM 2012 ada di sini

PANASSS!!! Gua malas nak cakap banyak. Sekarang ni gua ada soalan bocor untuk SPM 2012 yang bakal bermula hari Isnin ni. Jangan tanya kat mana gua dapat, gua ramai kaki kat Kementerian Pelajaran. Sekarang kat gua ni ada soalan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Pendidikan Islam, Add Math, Sains, Fizik, Kimia dan Biologi. Kalau nak scroll ke bawah dan download cepat sebelum kena remove. 


Start dengan soalan Ilmu Hisap dulu:





Alamak dah bocor pulak soalan SPM yang gua ada ni... Yang lain2 dalam simpanan gua pun macam ni jugak, kena makan dengan anai2 kot. Takde rezekilah korang yang nak amik SPM tahun ni dapat soalan bocor. Nampaknya gua hanya mampu nak ucapkan Selamat Maju Jayalah pada korang semua MUAHAHAHAHA...

Korang pun dah belajar 6 tahun kat sekolah rendah, 5 tahun kat sekolah menengah, 11 tahun kot menuntut ilmu, takkan tak boleh jawabkan... Kalau berjaya nanti baguslah, kalau gagal pun jangan putus asa, ingatlah ini bukan pengakhiran, kehidupan selepas zaman persekolahan lebih panjang dan mencabar untuk ditempuhi. Akhir kata, tiada jalan pintas untuk berjaya, BERUSAHALAH!!!

55th Merdeka Day


Assalamualaikum everyone!

That's right, there's another day to celebrate while we are in the midst of festivity, and that is Malaysia's 55th Independence Day on the 31st of August!! "MERDEKA!" FREEDOM! =D

Therefore syahrul nizam would like to wish all Malaysians a very happy 'Hari Kemerdekaan', so get your patriotic spirits high up during this festive season! Double celebration, yaayyyy!!!

wallpaper is 55th merdeka day











terbaik! haha Hilter telah marah dengan kemerdekaan ke-55 di Malaysia so enjoy


raya dah nak dekat

tidak lama lagi tiba lah bulan syawal, sedih nak tinggalkan ramadhan...kerana belum tentu bertemu lagi Ramadhan yang akan datang :'(

selamat hari raya maaf zahir dan batin maafkanlah saya apabila saya bersikap kasar atau buat kesilapan kerana manusia belum tentu panjang umur :'( air mata mula mengalir.. sedih!!! kerana bersikap kasar terhadap ibu bapa. ayah ibu ampunkanlah dosa ku ..takut kerana.. ku tiada lagi di dunia ini selama-lamanya  ,bila-bila masa sahaja malaikat maut tarik roh ku!!! 

 ya allah ampunkanlah dosa kedua-dua ibu bapaku ya allah 

sekian...............................

ramadhan 2012

Assalamualaikum wbt.

Terasa sayu untuk meninggalkan Ramadhan kerana belum tentu bertemu lagi Ramadhan yang akan datang. 

Mari menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan ini moga-moga dapat Malam Lailatul Qadar malam yang LEBIH BAIK dari 1000 bulan.

“Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbandi
ng dengan masa yang lain.”
Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a. yang maksudnya: “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatul Qadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut” yang maksudnya:


“Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku.” 





Mari kita memperbanyakkan doa 10 akhir Ramadhan ini, berdoalah bila-bila masa,dalam apa jua keadaan, sambil berdiri, duduk, berbaring,tengah rehat ,dalam kenderaan tengah buat kerja. Janganlah dilepaskan peluang keemasan ini untuk memohon daripada Allah SWT agar diberikan kesejahteraan di dunia dan akhirat, In sha Allah..

Allahumma innaka afuwwun tuhibbul afwa fa'fu 'anni.. 


Antara Tips :
~iaitu dengan beramal bersungguh-sungguh pada setiap malam 10 yang akhir di bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan Qiamulai, Berzikir, Membaca Al Quran dan Berdoa memohon keampunan dan keredhaan ALLAH SWT.
Insyallah dengan kita beramal setiap malam 10 akhir Ramadhan pasti salah satu malam tersebut adalah Malam Lailatul Qadar. Jangan lupa doa kita untuk Umat dan Makhluk seluruh alam insyallah Malaikat akan mendoakan kebaikan untuk kita kembali.