Kertas soalan SPM disyaki bocor

SANDAKAN BAH: Kertas soalan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 bagi beberapa subjek disyaki bocor dan diedar secara berleluasa dalam media sosial Facebook.
Seorang guru tuisyen mendakwa, kertas peperiksaan yang disiarkan pengendali laman “2012 SPM ..............” sebagai
‘soalan ramalan’ itu agak meragukan kerana 99 peratus daripada kesemua soalan bertepatan dengan kertas soalan sebenar yang diduduki pelajar.
“Berdasarkan komen pelajar dalam Facebook, rata-ratanya berpuas hati kerana soalan ramalan yang diberi adalah tepat,” katanya dalam sidang media di Pejabat Parlimen DAP Segambut di sini hari ini.
Enggan dikenali, guru tuisyen Bahasa Inggeris itu mendakwa pengendali laman itu bertindak keterlaluan apabila mereka turut cuba mengaut
keuntungan dengan mengutip ‘derma’ daripada pengguna Facebook, majoritinya remaja sekolah, tanpa menyatakan tujuan secara jelas.
Ini dibuktikan dalam salah satu gambar album laman itu menyiarkan gambar wang kertas RM50 “menerima bayaran pertama daripada peminat sebagai ‘derma’ untuk laman web ini”.
“Kebanyakan kertas bocor itu adalah soalan berbentuk subjektif. Pengendali cuma ubah suai soalan dan topik supaya nampak berlainan, namun jawapannya tetap sama,” katanya.
Katanya, beliau turut menerima rungutan daripada ibu bapa dan guru sekolah yang ragu-ragu dengan laman Facebook itu dan bimbang ia akan menjejaskan prestasi sebenar pelajar.

‘Orang dalam’ menjadi dalang?
Sementara itu, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng mendakwa dalang yang mengendalikan laman ini adalah daripada ‘orang dalam’ sendiri yang mempunyai kaitan dengan Jabatan Pelajaran dan dipercayai menjalankan kerja secara berkumpulan.
Beliau berkata ada cubaan pihak tertentu yang menyalahgunakan kuasa mengaut keuntungan dengan mengedarkan kertas soalan bocor.
“Soalan ramalan itu bukan satu kebetulan. Ini satu bentuk penipuan dan tidak boleh diterima.
“Bayangkan pelajar memohon kolej dan matrikulasi menggunakan keputusan peperiksaan percubaan yang diperoleh berdasarkan latihan soalan bocor itu. Ini tak adil,” katanya.
Sehubungan itu, Lim berkata pihaknya akan membangkitkan isu ini kepada Menteri Pelajaran sebaik sahaja sidang Parlimen bermula 24 September depan.
“Kerajaan mahu merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Nasional yang baru tetapi masih gagal menangani masalah ini yang semakin menjadi amalan biasa,” katanya.
klik kat bambar jew

komen kata orang 


sekian!!!!!

3 ulasan:

  1. yang terengganu tahun2 budak dapat straight A tade pula ye diragukan..DUNIA

    BalasPadam
  2. kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
    semoga menjadi semangat .. :)
    Ingatlah selalu bahwa tekad Anda untuk sukses lebih penting daripada yang lainnya.

    BalasPadam
  3. kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
    semoga menjadi semangat .. :)
    Ingatlah selalu bahwa tekad Anda untuk sukses lebih penting daripada yang lainnya.

    BalasPadam