[MV/HQ] Jewelry (쥬얼리) - Love Story


yeah hey boy
This is love story
I'm sorry
I want you it bring back I want you need you know
I want you it bring back I want you need you know

I don't say goodbye bye, please don't say goodbye bye
baby I'm so sorry, I love you I'm so sorry

I don't say goodbye, please don't say goodbye
baby I'm so sorry, I love you I'm so sorry

Eoje neowa gwaenhanillo datugo
Hwatgime he-eojijiago malhaebeoryeosseo
Ajik
Jeonhwa hantongdo ojianhaseo
Neomu buranhan maeumbbuningeol NO~

Changbakkeneun hayan nuni naerigo
Yeonindeureui useumsoribbun~
Andwegesseo
Neo eopshin mot salgesseo
Jigeum neoege jeonhwareul geolge

*Neoreul saranghae
Nan neomaneul weonhae
Babocheoreom nan neoman chaja
Dashi saranghaejweo
Dashi nal anajweo
Naege wa

**Naega mianhae
Naega jal mothaesseo
Ijen naege dorawa jullae~
Dashin he-eojijaneun mal
Haji anheulge

Neomu babogateun jijieosseo
Neol jeongmal hwaganage haesseo
I don't wanna talk about it
I don't wanna miss a thing
Oneulbamdo neomuna keuriunde
Niga eopshineun naneun eoddeohge hae
Dareungeon jeongmal chameulsu itneunde
Niga eoptdaneunge cham himdeureo
Himdeureo, himdeureo

Hayan nuni cheoeumeuro naerimyeon
I georieseo mannajago~
Uri seoro
Yaksokeul haesseotjanha
Neodo ajikdo gieokeul haneunji

*REPEAT
**REPEAT

Hwennuni naeryeo
Keuriumdo naeryeo
Babo gateun nunmuldo naeryeo
Gidarigo isseo
Saranghago isseo
Neomaneul~ OH~

Meolliseo boyeo
Ni moseubi boyeo
Hayan nuncheoreom neo onabwa~
Ijen neol nohchiji anha
Neoreul saranghae

Neo eopshi nan jeoldae useul su eopseo
Neo eopshi nan jeoldae sal suga eopseo
Neo eopshi nan jeoldae beotil su eopseo
Neo eopshi nan saranghal suga eopseo (x2)

Saranghae

———

yeah hey boy
This is love story
I'm sorry
I want you it bring back I want you need you know
I want you it bring back I want you need you know

I don't say goodbye bye, please don't say goodbye bye.
baby I'm so sorry, I love you I'm so sorry

I don't say goodbye, please don't say goodbye.
baby I'm so sorry, I love you I'm so sorry

Disaat Aku Mencintaimu

dengar yehH!!!


Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta


Susahnya mencari kawan yang setia





Bukan mudah untuk mendapat kawan yang setia
Dapat berkawan waktu susah dan senang
Di waktu dukacita dan gembira
Di waktu kita buntu fikiran dialah yang memberi pandangan
Ketika tidak ada apa yang hendak dimakan, diberi bantuan
Dapat memberi pertolongan sebelum diminta,
karena faham masalah kawan
Apatah lagi apabila diminta
Waktu sakit diziarahi
Di waktu kita mendapat nikmat, dia menampakkan kegembiraan
Kesusahan kawan kesusahannya
Kesedihan kawan adalah kesedihannya
Keluarganya dijaga dan diambil perhatian tentang kehidupannya
Kehormatan kawan dan keluarganya amat dijaga
Ia merasakan kehormatan kawan sebagai kehormatan diri sendiri juga
Apabila sudah agak lama tidak berjumpa sudah bertanya-tanya
Apa halnya, apa masalahnya, lama tidak berjumpa
Kebaikannya dicerita-cerita dan dipuji-puji di belakangnya
Keaibannya ditutup, kecacatannya tidak digosipkan
Mengutamakan kawan dari dirinya
Setelah mati keluarganya tetap dihubungi
Silaturrahim dengan keluarganya terus bersambung
Susah payah keluarga kawannya setelah mati tetap ditolong
Aduh, mana hendak dapat kawan di waktu ini
Macam kita gambarkan tadi
Penulis pun belum boleh setia dengan kawan
Aku memohon ampun kepada Tuhan
Kerana belum boleh setia dengan kawan

Mampukah Manusia Melawan Kekuasaan Tuhan..?.? o_O95

Diakhir zaman ramai manusia yang pandai-pandai, mereka pandai, dipandaikan oleh Tuhan, tetapi malangnya mereka lupakan Tuhan. Orang yang melupakan Tuhan, dirinya menjadi Tuhan walaupun tidak dilafazkan. Maka Tuhan isytihar perang terhadap mereka yang pandai tapi melupakan Tuhan.


Tuhan hantarkan tentera angin untuk memusnahkan.
Tuhan hantarkan tentera air untuk merosakkan.
Tuhan hantarkan tentera gempa menghancurkan bangunan.
Tuhan hantarkan tentera yang sangat halus dikatakan kuman.
Tentera kuman ini lebih memusnahkan mereka yang sudah lupakan Tuhan.
Tentera ini tidak memusnahkan bangunan tetapi memusnahkan insan.
Melalui tentera-tentera kuman ini, lahirlah penyakit-penyakit HIV, Aids, sakit jantung, kencing manis, barah, paru-paru berair dan lain-lain yang menakutkan dan mematikan.
Datang lagi tentera-tentera Tuhan, Selsema burung namanya yang sangat menakutkan.
Tuhan arahkan tentera nyamuk memusnahkan manusia, penyakit denggi namanya, yang lebih cepat manusia terkorban.
Di mana kepandaian manusia nak melawan Tuhan?
Di mana kuasa manusia nak melawan kekuasaan Tuhan?

Tentera ini ia menyerang tidak mengenal bangsa, bangsa yang kuat macam Amerika turut kena serang. Tapi tentera Tuhan ini mereka tidak dapat menghalang. Setiap hari manusia yang pandai-pandai pening kepala, bila berhadapan dengan tentera Tuhan. Sekarang ini manusia didalam ketakutan kerana bermacam-macam tentera Tuhan yang menyerang dan mereka tidak dapat melawan.
Namun begitu manusia belum lagi insaf dan surrender kepada Tuhan. Mereka cuba cari jalan untuk mengatasi serangan Tuhan. Anehnya makin mereka cari jalan mengatasi, nampaknya tentera Tuhan makin galak menyerang.
Keadaan ini Tuhan terus menyerang, menghantar tentera dengan berbagai-bagai jenis, yang tak dapat dihalang sehingga didatangkan orang simpanan Tuhan untuk akhir zaman, barulah Tuhan meredakan serangan terhadap insan.

tentang malaysia sebagai tanah air yang tercinta.

tentang Malaysia sebagai tanah air tercinta sebagai Ibu Pertiwi bangsa Melayu. Marilah kita sebagai rakyat Malaysia dari semua golongan sama-sama menyuluh diri kita sama ada kita mempunyai rasa hati yang mencintai negara Malaysia sepertimana beliau rasa:
Malaysia tanahairku yang tercinta, ibu pertiwi bangsa Melayu. Bangsa lain asalnya tetamu akhirnya dengan kemurahan hati orang Melayu mereka menjadi keluarga bangsa Melayu.Ibu pertiwi laksana ibu kandungnya tempat bermanja dan bergembira dan tempat mengadu. Tempat berhibur, tempat berlindung bagi bangsaku yang tercinta. Ibu pertiwiku kaya, ada khazanah yang terpendam, ada aset untuk anak-anaknya bangsanya. Ia wariskan dari satu generasi ke satu generasi untuk kebahagiaan mereka di zamannya. Ibu pertiwi kaya, ada harta, ada khazanah dan ada harta yang tersembunyi buat generasi seterusnya di masa depan.
Maka ramai pemimpin-pemimpin dan bukan pemimpin mengaku pemimpin hendak mengurusnya dan menjaga ibu pertiwi yang kaya. Maklumlah ibu yang kaya, banyak harta, boleh bermanja ramai yang berpura-pura ingin menjaga. Ramai mengambil kesempatan hendak mengurusnya. Pemimpin-pemimpin yang berebut-rebut tadi konon untuk menjaga maruahnya, hendak memelihara kedaulatannya, mereka rupanya mengkhianatinya. Merekalah yang menodai dan menjatuhkan maruah ibu pertiwi negara bangsa. Kekayaan ibu pertiwi disalahguna
Mereka menggunakannya sesuka hati, untuk peribadi dan kroni konon untuk mengurusnya dan menjaganya. Sudahlah begitu kerana mereka hendak menjaganya, mereka jatuh-menjatuhkan sesama sebangsa kerana ibu pertiwi kaya untuk mengurusnya mereka berkrisis dan berbalah dan berhasad dengki. Anak-anak ibu pertiwi berpecah-belah dan retak perpaduan mereka. Yang berjaya menjadi pengurusnya rasa bangga, yang gagal rasa kecewa dan sakit hati pula
Rakyat umum yang tidak bercita-cita mengurusnya tahu silap mereka, tapi tidak dapat membuat apa-apa. Mereka kecewa, tidak puas hati bercakap-cakap dan mengumpat di mana-mana marahkan mereka. Yang menjaga ibu pertiwi sedar ramai anak-anaknya kandung atau tiri tidak puas hati bahkan benci tapi mereka yang gilakan harta dan khazanah ibu pertiwi itu sudah hilang malu. Apa anak ibu pertiwi kata, biarlah dia kata apa sahaja yang penting aku sudah berjaya, aku sudah berkuasa, aku boleh buat apa sahaja. Di masa depan aku belum tentu ada kuasa dan mengurusnya. Mereka-mereka yang tidak campur tangan bahkan yang terpinggir membuat jalannya sendiri pula. Kalau para pemimpin membuat onar secaranya tersendiri, mereka ada onar yang tersendiri pula. Mereka lakukan berbagai-bagai gejala masyarakat yang menyusahkan semua golongan di dalam negara.Seolah-olah mereka berkata: Biarlah mereka pening kepala kerana kita juga pening kepala dibuat oleh mereka.
Mereka berlepak-lepak melakukan vandalism, ragut, salahguna dadah, lawan guru, lawan ibu bapa, gangsterism, bergaduh, black metal, skin head, bahkan ada yang murtad peduli apa. Hari ini ibu pertiwi sungguh ternoda, maruahnya terhina, wibawanya jatuh separas haiwan yang melata. Sekarang semua golongan termasuk yang menodanya cemas juga. Masing-masing menganggap kalau tidak cepat-cepat ibu pertiwi diselamatkan masa depan anak-anak negara akan dikuasai dan kedaulatannya terhina. Mereka semua sudah kehilangan idea. Mereka sudah kehabisan idea untuk menyelamatkannya. Bermacam-macam formula diguna pun tidak jadi juga, bahkan gejala masyarakat terjadi berganda-ganda. Sekarang barulah terfikir oleh mereka hendak mencari orang Tuhan menyelamatkan anak-anak bangsa.
Tapi para pemimpin masih ramai lagi yang belum mahu lagi sedar dan belum mahu merujuk kepada Tuhan dan orang-orang-Nya. Walau bagaimanapun setengah mereka sudah ada kesedarannya untuk merujuk kepada Tuhan dan orang Tuhan. Ini adalah khabar gembira dari Tuhan untuk bangsa kita sebagai anak ibu pertiwi yang tercinta.Kita harap sedikit masa lagi ibu pertiwi dijaga oleh anak bangsa yang ikhlas lagi dirahmati oleh Tuhan. Moga-moga ibu pertiwi bangsa maruahnya pulih semula, kedaulatannya gagah semula.

dunia dan di akhirat

Untuk selamat di dunia dan di Akhirat, umat Islam mesti membangun, berkemajuan dan bertamadun bersama akhlak yang terpuji. Tamadun mestilah ditegakkan bersama akhlak dan disiplin hidup yang mulia. Kalau tidak, walaupun berjaya dan megah di dunia, di Akhirat akan rugi dan kecundang. Kerana segala usaha dan kemajuan itu tentunya tertolak dan tidak diterima oleh Tuhan. Nerakalah padahnya.

Selain itu, jika umat Islam membangun dan berkemajuan tanpa akhlak, ketenangan, keselamatan, keharmonian dan kesempurnaan hidup yang diidamkan tidak akan tercapai.
Kemajuan itu hanya setakat memperolehi kemudahan hidup atau bermewah-mewah sahaja. Kerana apabila pembangunan dan kemajuan yang dibangunkan tidak bertunjangkan iman dan taqwa dan tidak bersama akhlak yang mulia, ia ada side effectnya yang tidak baik. la tidak terlepas dari gejala masyarakat yang tidak sihat, jenayah dan kemungkaran. la tidak terlepas dari berlakunya perpecahan, jatuh-menjatuhkan, khianat-mengkhianati, pergaduhan dan lain-lain lagi. Maka dengan itu, kekuatan umat Islam tidak akan kekal lama.

Kemajuan fizikal semata-mata, tidak kira betapa hebatnya akan cepat jatuh dan musnah kalau orang-orangnya tidak dibangunkan insaniah mereka. 

Bersyukurlah dapat hidup di bumi bertuah Malaysia

KETIKA rakyat Malaysia yang berada di Mesir bergegas keluar dari negara yang sedang bergolak itu, rakyat Malaysia di sini menjalani kehidupan dengan aman damai. Kebetulan pula, Tahun Baru Cina muncul dan rata-rata warga Malaysia mengambil peluang cuti berganda untuk berkunjung ke rumah kenalan berbangsa Tionghua. Amalan kunjung mengunjung ini merapatkan lagi hubungan persahabatan sesama rakyat Malaysia.
Tidak terkecuali, ada yang mengambil kesempatan cuti panjang ini untuk melancong bersama keluarga di dalam negara. Jumlah pelancong ketika musim perayaan terlalu ramai. Di Langkawi sahaja, dianggarkan seramai 50,000 pelancong melawat pulau bebas cukai tersebut. Kesemua hotel dan calet habis ditempah. Kesesakan teruk ini nampak ketara pada Khamis lalu, apabila ramai pelancong terpaksa beratur berjam-jam menunggu giliran untuk menaiki feri di Jeti Kuala Kedah.
Itu belum termasuk kesesakan jalan raya di semua laluan masuk (selatan, utara dan pantai timur) ke Kuala Lumpur pada Ahad lalu. Menurut rakan penulis yang terpaksa menghantar adiknya sekeluarga kerana tiket bas habis dijual, mereka terpaksa mengharung perjalanan yang amat meletihkan selama hampir 12 jam dari Jitra ke Kuala Lumpur. Masing-masing mengambil peluang cuti panjang ini untuk berehat mahupun pulang ke kampung halaman.
Suasana sebegini menggambarkan betapa Malaysia sebuah negara yang aman damai. Rakyatnya yang berbilang kaum boleh bergerak ke mana sahaja destinasi yang diingini. Suasana ini tidak dapat dirasai di negara Mesir.
Rakyat Malaysia yang kebanyakannya pelajar di Mesir tidak sabar untuk pulang ke Malaysia. Mereka dibantu sepenuhnya oleh warga kerja yang diamanahkan untuk membawa mereka keluar dari negara bergolak tersebut. Meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan, usaha membawa rakyat Malaysia keluar dari Mesir tetap diteruskan. Yang penting, ketika ini ialah memastikan keselamatan warga Malaysia. Ada yang sanggup tidak bercuti dan bekerja 24 jam sehari semata-mata untuk membawa keluar secara besar-besaran rakyat Malaysia ke Jeddah, sebelum pulang ke tanah air.
Di sini, jelas kelihatan semua pihak saling bekerjasama bagi memastikan keselamatan kesemua warga Malaysia. Tetapi malangnya, masih ada segelintir tergamak mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya seperti 'dicampak ke Jeddah macam binatang'. Dari satu sudut, ia menggambarkan si polan itu langsung tidak menghargai bantuan yang diberikan. Usah kata ucapan terima kasih atau sekurang-kurangnya senyuman diberikan kepada rakyat Malaysia yang membantunya, kata-kata nista pula yang diucapkan.
Atau mungkin dari sudut lain, si polan ini terlalu rindukan kampung halaman yang aman damai lagi makmur, sehingga tidak dapat menerima kenyataan kekacauan yang berlaku di depan matanya. Kemakmuran dan keamanan yang dinikmati di Malaysia mungkin tidak pernah dihayatinya menyebabkan apabila berada dalam suasana yang kacau bilau, barulah menghargainya. Ini sudah lumrah hidup manusia, nikmat yang diperoleh jarang sekali dihargai kecuali nikmat ini ditarik balik, maka barulah ia teringat kembali nikmat tersebut.
Menyanggah kata-kata si polan tersebut, anak saudara penulis merupakan salah seorang mangsa krisis di Mesir. Beliau yang menuntut dalam jurusan perubatan mampu menelefon ibu bapanya sebanyak dua kali sehari dari Jeddah untuk memberitahu keadaan sebenar. Keadaannya cukup baik sekali terutama dari segi keselamatan dan makan minum.
Di sini timbul persoalan, apakah niat sebenar si polan yang mengeluarkan kata-kata nista tersebut? Sedangkan penulis percaya beliau merupakan seorang yang beragama Islam dan sepatutnya bersabar pada setiap masa, lebih-lebih lagi ketika susah. Tidakkah Islam mengajar umatnya berpuasa selama sebulan ketika Ramadan bertujuan melatih umatnya bersabar pada setiap masa?
Adakah si polan tersebut tidak memikirkan perasaan warga kerja rakyat Malaysia yang bekerja bertungkus-lumus 24 jam sehari membantu menyelamat pelajar Malaysia di Mesir termasuklah dirinya sendiri? Warga kerja ini bukan sahaja sanggup bekerja 24 jam sehari tetapi juga sanggup menggadai nyawa mereka sendiri.
Mungkin inilah kesannya apabila selama ini negara kita terlalu makmur dan aman damai sehingga ada yang tidak dapat menerima ujian ketika susah. Mereka bukan sahaja diselamatkan tetapi diberi segala bantuan termasuk kos membawa mereka pulang dari Jeddah dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Malahan, atas permintaan mereka, nasi lemak yang merupakan menu kegemaran rakyat Malaysia juga disediakan. Justeru itu, bersyukurlah nikmat keamanan dan kemakmuran yang kita peroleh selama ini. Nikmat ini boleh hilang begitu sahaja jika kita tidak bersyukur dan mempertahankannya. Ketika itu nasi sudah menjadi bubur untuk kita menghargainya. :)

music

lagu terbaru akim,saya suka dengar lagu terbaru akim

ini lah lirik janji. dengar tahu jgn x dengar :-




Lirik Janji – Akim

Cubalah kau mengerti
Perasaan hatiku
Ku cinta kamu
Hanya itu aku tahu

Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku

Chorus
Aku akan selalu
Menjaga dan mencintaimu
Aku janji padamu
Takkan menduakanmu

Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku

Ulang Chorus

Aku janji padamu
Akan mencintaimu

Ulang Chorus

Takkan menduakanmu

SINOPSIS NOVEL MELUNAS RINDU


 SINOPSIS NOVEL MELUNAS RINDU



SINOPSIS BAB DEMI BAB (BAB 1 HINGGA KE BAB 19) NOVEL MELUNAS RINDU.
Biodata Pengarang
Hartini Hamzah dilahirkan pada 3 September 1970 di Selama, Perak Darul Ridzuan.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan LKTP Purun, Triang Pahang.
Melanjutkan pelajaran dalam Bidang Perniagaan di Universiti Teknologi MARA
Memperoleh Sijil Perguruan pada 1996
Berkhidmat sebagai pendidik
Sumbangan Pengarang
Novel Melunas Rindu (1999)
Novel Fatin Nabila (1991)
Cerpen Sesudah Mendung Berlalu (1992)
Novel Merentas Kabus (2002)
Novel Pia (1998)
Penghargaan Kepada Pengarang
Novel Fatin Nabila menerima sagu hati kategori Novel Remaja pada sayembara Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1991
Novel Pia memenangi tempat pertama kategori Novel Remaja sayembara Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1997
Cerpen Sesudah Mendung Berlalu memenangi hadiah utama kategori Cerpen Remaja pada sayembara Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1991


Bab 1
Fuad yang mencari kayu api tiba lewat di rumahnya.
Selepas solat meghrib di rumah, Fuad ke surau untuk solat isyak berjemaah.
Sementara menanti waktu isyak, Fuad belajar membaca al-quran dengan bimbingan Pak Ismail.
Fuad ke rumah Borhan apabila mengetahui anaknya demam. Dengan pertolongan Fuad, anak Borhan dibawa ke klinik.
Sementara menenti anak Borhan diperiksa doktor, Fuad ke bangunan bank yang berdekatan.
Fuad menyemak jumlah baki wang simpanannya menggunakan mesin ATM. Ayahnya telah memasukkan wang sebanyak RM200 ribu dalam akaun simpanannya.
Fuad merancang untuk membeli sebuah kereta dengan wang pemberian ayahnya itu.

Bab 2
Petang itu, Fuad pergi ke Pantai Batu Buruk dengan kereta baru yang dibelinya secara tunai.
Fuad teringat akan kisah lalu. Hampir setahun lamanya dia mencuba memulihkan keadaan di Danau Seberang; menghadapi kebencian Mak Salmah dan cemuhan orang kampung.
Mak Salmah tidak dapat memaafkannya atas kehilangan anak perempuan kesayangannya, Sofia.
Pak Ismail mempertahankannya dan mendekatkannya kepada Allah.
Akhirnya, kemarahan orang kampung surut dan kebencian Mak Salmah berkurang.
Fuad menguruskan perkahwinan Borhan dengan Maznah. Segala perbelanjaan perkahwinannya ditanggung oleh Fuad.
Fuad berasa terkilan kerana semasa hayatnya, Sofia tidak mengetahui bahawa mereka bersaudara.
Menjelang senja Fuad pulang ke rumah. Pak Ismail menunggunya untuk solat berjemaah di surau.
Ketika makan malam, Fuad diberitahu oleh Mak Salmah bahawa ada orang yang mencarinya.
Fuad menyatakan keinginannya untuk membeli sebidang tanah milik Awang Sojar kepada Pak Ismail.

Bab 3
Fuad, Pak Ismail, dan Mak Salmah mengusahakan tanah seluas setengah ekar yang dibeli oleh Fuad.
Walaupun Pak Ismail membantah, Fuad tetap menamakan Pak Ismail sebagai pemilik tanah itu.
Mak Salmah teringat akan kesedihannya yang kehilangan Sofia walaupun Sofia hanya anak angkatnya.
Tindakan Fuad yang melarikan Sofia dan menyerahkan kepada ibu bapa kandungnya menyebabkan dia membenci Fuad. Keikhlasan Fuad menyebabkan hatinya tersentuh untuk memafkan Fuad dan menerima ketentuan Ilahi.
Untuk menghilangkan rasa sepinya, dia banyak menghabiskan masa melakukan pelbagai kerja serta membaca al-Quran dan buku agama.
Cikgu Abas datang untuk menawarkan pekerjaan kepada Fuad. Fuad diharapkan dapat menjadi guru sandaran atau guru kelas bimbingan.


Bab 4
Pagi itu, Fuad ke sekolah Menengah Seri Setia untuk menjadi guru sandaran.
Kehadirannya disambut mesra oleh guru-guru lain termasuk Cikgu Abas, Guru Penolong Kanan.
Fuad diperkenalkan dengan Cikgu Farhana, Ketua Panitia Bahasa Inggeris.
Farhana agak gusar untuk menerima Fuad yang memiliki ijazah Pentadbiran Perniagaan dari universiti ternama di Amerika.
Farhana menerangkan jadual harian, kelas, dan pencapaian pelajar kepada Fuad. Mereka berbincang tentang teknik pengajaran dan pemarkahan Bahasa Inggeris.

Bab 5
Farhana tekun menyiapkan senarai program untuk dibentangkan pada mesyuarat kurikulum.
Fuad yang datang untuk memulangkan buku yang dipinjamkannya diminta memberikan pandangannya dan menekankan bahawa mereka perlu bekerjasama untuk memastikan kejayaan program tersebut.
Fuad meminta Farhana mengambil jagung yang dibawanya pada waktu pulang sekolah.

Bab 6
Fuad yang ke kantin untuk melepaskan dahaga terserempak dengan Cikgu Zamani.
Fuad mengagumi Cikgu Zamani yang dalam pengetahuan ilmu agamanya dan pandai berbahas.
Chin datang untuk menanyakan khabar dan keadaan Fuad untuk disampaikan kepada ayah Fuad.
Chin memujuk Fuad menziarahi ayahnya dan membantu perniagaan ayahnya.
Fuad diharapkan dapat menziarahi bapa dan emak saudaranya yang dirinduinya.
Fuad teringat akan arwah ibunya yang tidak pernah ditemui selama ini.
Fuad menceritakan kedatangan Chin kepada Pak Ismail dan keinginannya untuk mencari pusara ibunya di Sungai Ruan.
Bab 7
Fuad bertemu dengan Farhana ketika singgah di stesen bas untuk membeli buah tangan untuk keluarganya.
Farhana yang hendak pulang ke kampung dipelawa menumpang kereta Fuad.
Dalam perjalanan, Fuad dan Farhana menceritakan kisah keluarga masing-masing.
Fuad singgah di rumah Farhana sebelum meneruskan perjalanannya ke Sungai Ruan.

Bab 8
Fuad tiba di rumah Peter Lim hampir tengah malam dan terkejut dengan keuzurannya.
Fuad membayar yuran peperiksaan Ah Soh dan berjanji akan menanggung perbelanjaan persekolahan Ah Soh dan Mei Lin
Fuad menyatakan tujuan kedatangannya untuk mencari pusara ibunya dan saudara sebelah ibunya.
Peter Lim dan Swee Lan memberikan kerjasama dan maklumat yang diperlukan.
Fuad ke surau dan bertemu dengan Pak Said yang bersetuju untuk menemaninya ke Lembah Klau.

Bab 9
Farhana resah menanti panggilan telefon daripada Fuad hingga menyebabkan ibunya menegur sikapnya.
Farhana teringat akan keperitan hidupnya semasa belajar di London.
Dia terpaksa memasak dan mengikut perut untuk mencukupkan wang biasiswanya.
Ibu Farhana teringat akan arwah suaminya, Fakharudin yang meninggal dunia akibat pembengkakan usu, menerimanya seadanya dan menjaganya dengan baik.

Bab 10
Fuad dan Pak Said ke perkampungan Felda Lembah Klau untuk menemui Pak Ngah Lias, jiran datuk Fuad.
Pak Ngah Lias gembira dengan kedatangan Fuad dan bersetuju untuk menemani mereka ke Kuala Lipis, rumah Mariah, kakak angkat ibu Fuad.
Daripada cerita Pak Samsudin, jiran Mariah, Fuad mendapat harapan baru bahawa ibunya masih hidup.
Peter Lim meminta Fuad bertemu dengan ayahnya di Kuala Lumpur untuk mendapatkan gambar ibunya dan cincin bagi memudahkan pencariannya.


Bab 11
Cikgu Abas dicengkam perasaan marah. Cikgu Abas marah kerana pelajar-pelajar di dalam kelas lanjutan berbuat bising. Beliau juga marah kerana guru yang ada halangan untuk mengajar kelas lanjutan tidak memaklumkan kepada pelajar. Selain itu, beliau juga marah kepada Cikgu Zamani yang ponteng mengajar kelas Geografi
Semasa mesyuarat guru keesokan harinya, Cikgu Abas meluahkan kemarahannya terhadap sikap sesetengah guru yang yang tidak amanah
Pengetua sekolah Tuan Haji Samad menegaskan bahawa dia tidak akan berkompromi dengan guru yang sering ponteng kelas
Guru-guru juga diberi peringatan agar tidak mendengar khabar angin atau menyebarkan khabar angin bahawa kelas lanjutan telah dimansuhkan.
Fuad berfikir-fikir sama ada dia bersalah dalam hal itu meskipun dia tidak pernah ponteng mengajar kelas lanjutan.

Bab 12
Farhana menerima sekeping kad hari jadi yang berwarna merah jambu daripada Fuad.
Fuad membawa Farhana keluar makan di Restoran Terapung di Taman Syahbandar.
Farhana merupakan gadis yang cukup istimewa di mata Fuad, sebaliknya Farhana beranggapan bahawa dirinya tidak seistimewa Sofia.
Farhana memohon maaf kepada Fuad selepas Fuad menegaskan bahawa Sofia adalah adiknya.
Fuad memperkenalkan Farhana kepada Pak Ismail dan Mak Salmah.
Kedatangan Farhana disambut mesra oleh Mak Salmah yang masih tidak dapat melupakan Sofia.
Farhana simpati akan penderitaan yang ditanggung oleh Mak Salmah.
Selepas solat isyak, Fuad menghantar Farhana pulang ke rumahnya.
Bab 13
Fuad agak segan apabila terdengar bunyi hingga di rumah Cikgu Zamani. Sewaktu itu, dia tiba lewat berasa segan jika majlis telah bermula. Fuad beranggapan orang sudah membaca tahlil pada waktu dia tiba atau pada waktu itu orang sudah mulai mengedarkan hidangan
Majlis itu hanya dihadiri oleh guru-guru bujang Sekolah Seri Setia iaitu Cikgu Armin, Cikgu Azli, dan Cikgu Rosli.
Cikgu Zamani menasihati Fuad agar memilih perempuan yang baik untuk dijadikan isteri.
Fuad akhirnya dapat mengagak tujuan sebenar Cikgu Zamani menjemputnya ke rumah iaitu menyertai parti politik.
Dalam perjalanan pulang, Fuad terkenang akan Farhana. Dia berjanji akan membawa Farhana lebih kerap ke rumahnya agar Farhana dapat membahagiakan Mak Salmah.

Bab 14
Perwatakan Robert Lim berubah kepada seorang yang berwibawa kepada seorang yang perengus. Sikap itu berlaku lantaran masalah perniagaannya yang menemu jalan buntu. Selain itu, dia juga berasa kesepian sejak ditinggalkan oleh Susan. Dia juga memikirkan Mariah yang ditinggalkan selepas tiga bulan berkahwin.
Robert Lim dan Chin ke Terengganu untuk memberikan cincin dan gambar Mariah kepada Fuad.
Fuad ketika itu tiada di rumah Pak Ismail ketika Robert Lim tiba kerana menziarahi ibu Farhana yang sakit lelah secara tiba-tiba.
Robert Lim menyatakan kedatangannya kepada Pak Ismail. Dia ingin memberikan cincin bagi memudahkan Fuad mencari ibunya.
Robert Lim, Chin dan Pak Ismail bertolak ke Kuantan untuk bertemu dengan Fuad.

Bab 15
Fuad resah gelisah kerana Farhana kerap kali bertengkar dengan Cikgu Zamani berpunca daripada sikap Cikgu Zamani yang sering lupa atau lewat masuk ke kelas.
Fuad menelefon Farhana untuk memberikan sokongan kepadanya. Sebaliknya, rakan serumah Farhana memaklumkan bahawa Farhana pulang ke Kuantan kerana ibunya sakit dan dirawat di hospital.
Fuad mengambil keputusan drastik untuk ke Kuantan, menuruti Farhana.



Fuad tiba di Hospital Tengku Afzan Ampuan. Farhana membawa Fuad melawati ibunya yang dirawat di tingkat empat.
Fuad terkejut apabila melihat nama yang tertera pada kad rawatan ibu Farhana.
Farhana juga agak terkejut apabila mendapati nama ibu mereka sama iaitu Mariana binti Osman.
Ketibaan Robert Lim dan Pak Ismail ke hospital itu akhirnya menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran Fuad dan Farhana, iaitu mereka berdua adalah adik beradik.

Bab 17
Fuad dan Farhana bersepakat untuk menyimpan dahulu rahsia daripada ibu mereka yang masih uzur.
Fuad bercadang hendak membuat kenduri kesyukuran di Danau Seberang.
Cikgu Zamani akan ditukarkan ke sekolah lain, manakala Fuad akan ke MPIK untuk mengambil Kursus Bahasa Inggeris.

Bab 18
Imbasan kembali kisah Mariana – Mariana ditinggalkan oleh Roslan. Dia menjadi gila meroyan selepas bersalin.
Anak Mariana iaitu Abdul Halim atau nama lainnya Fuad telah dilarikan orang.
Setelah pulih daripada penyakitnya dia berkahwin dengan Fakhrudin yang bertugas sebagai pegawai polis.
Dalam perkahwinan tersebut dia dikurniakan lima orang anak tetapi dia masih tidak dapat melupakan Abdul Halim/Fuad.
Akhirnya Fuad kembali ke pangkuan ibunya.

Bab 19
Fuad membawa ibunya, Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah di Mekah.
Mariana berpesan kepada Farhana agar menjaga adik-adiknya semasa pemergiannya.
Robert Lim turut mengucapkan selamat jalan kepada mereka



ANALISIS NOVEL MELUNAS RINDU



TEMA

Novel ini bertemakan kegigihan seorang saudara baru yang mencari ibu kandung dan asal usulnya.

Fuad kehilangan ibu sejak kecil lagi. Namun, disebabkan perasaan kasih sayang dan rindu terhadap ibunya, Fuad berusaha gigih mencari pusara ibunya dan akhirnya Fuad berjaya bertemu ibunya yang masih hidup lalu menyatukan kembali hubungan kekeluargaan yang telah terpisah akibat perbezaan bangsa dan agama.

PERSOALAN

Kasih sayang terhadap keluarga – kasih sayang Fuad tidak berubah walaupun dia telah mengetahui Peter Lim sekeluarga bukanlah keluarga kandungnya.

Ketaatan kepada agama – Pak Ismail bertanggungjawab membimbing Fuad iaitu seorang saudara baru dengan mengajarnya bersolat dan mengaji al-Quran.


Tanggungjawab menjalankan tugas yang diamanahkan – Farhana melaksanakan tugas sebagai Ketua Panitia bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia dengan penuh rasa tanggungjawab. Walaupun Fuad hanya guru sandaran di sekolah yang sama dengan Farhana, tetapi Fuad menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi.

Keikhlasan dalam membeikan pertolongan – Fuad membantu Borhan membawa anaknya yang demam panas ke klinik walaupun sudah lewat malam.



WATAK/PERWATAKAN

Fuad/Joshua/Abdul Halim

27 tahun
tinggi/segak/wajah Melayu
anak kepada Robert Lim/Roslan dan Mariana
guru sandaran di sekolah Menengah Seri Setia
berpendidkan tinggi – Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Amerika Syarikat
taat kepada perintah Allah – solat /mengaji
bertanggungjawab menjalankan tugas yang diamanahkan
gigih berusaha mencari ibu kandungnya
tabah menghadapi pelbagai dugaan hidup
penyayang – sayang terhadap Sofia dan Farhana adiknya

Farhana

24 tahun
guru bahasa Inggeris
adik Fuad - anak kepada Mariana dan Fakharuddin
cantik/kecil molek/berkulit cerah
berpendidikan luar negeri – London
tegas – menegur sikap guru-guru yang datang lewat dan menyusahkan pelajar
bertanggungjawab terhadap ibunya yang sakit di Kuantan

Mariana

ibu Fuad (Abdul Halim) dan Farhana
isteri Robert Lim dan Fakharudin
menjadi gila meroyan setelah melahirkan anaknya Abdul Halim
penyayang – tidak pernah melupakan Abdul Halim walaupun terpisah sejak bayi
mengambil berat tentang perkembangan anak-anaknya

Robert Lim/Roslan

ayah kandung Fuad dan Sofia
suami Mariana dan Susan
ahli perniagaan di Kuala Lumpur
bertanggungjawab – memasukkan wang berjumlah RM200 ribu untuk anaknya
bengis – pekerja-pekerjanya menjadi mangsa kemarahan




Pak Ismail

bapa angkat Fuad
suami mak Salmah
taat perintah agama – rajin solat dan berjemaah di masjid
pandai mengaji – mengajar Fuad mengaji
penyayang – menjaga Mak Salmah dengan baik semasa isterinya sakit
bertangunggjawab – memastikan Fuad menerima ajaran agama Islam secukupnya
tidak berdendam – walaupun Fuad melarikan anak angkatnya Sofia



Mak Salmah

ibu angkat Fuad/Sofia
penyayang – sangat sayang akan Sofia walaupun anak angkat sehingga jatuh sakit semasa Fuad melarikan Sofia
sukar memaafkan orang lain – mengambil masa yang lama untuk memafkan Fuad
rajin – menguruskan rumahtangga, mengusahakna tanah dan mengisi masa lapang dengan mengaji dan membaca buku-buku agama


LATAR
Latar Tempat

Danau Seberang – tempat tinggal Fuad bersama-sama keluarga angkatnya Pak Ismail dan Mak Salmah
Sekolah Menengah Seri Setia – tempat Fuad menjadi guru sandaran
Kampung Sedili – Mariana tinggal bersama-sama kakak angkatnya Mariah selepas gila meroyan
Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan – tempat ibu Farhana dirawat kerana penyakit lelah

Latar Masa

Zaman pergolakan kaum Melayu-Cina (13 Mei 1969) – anak Mariana telah dilarikan oleh keluarga ayahnya tetapi gagal dijejaki kerana pihak polis bimbang keadaan akan menjadi semakin tegang.
Pada waktu maghrib – Fuad pulang lewat dari hutan kerana mencari kayu api untuk kegunaan Mak Salmah.
Waktu pagi – Fuad melapor diri sebagai guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia
Waktu petang – Fuad ke Pantai Batu Buruk untuk menikmati keindahan alam
Waktu malam – Borhan meminta pertolongan Fuad untuk mendapatkan rawatan bagi anaknya yang demam panas

Latar Masyarakat

Masyarakat yang tahu membalas jasa orang tua – Fuad membalas jasa Pak Ismail dengan membelikannya sebuah motosikal untuk kemudahan Pak Ismail
Masyarakat guru yang dedikasi – Cikgu Farhana menyusun program untuk meningkatkan prestasi pelajar di sekolahnya
Masyarakat kampung yang prihatin – Fuad membawa anak Borhan ke bandar Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan
Masyarakat yang mementingkan pendidikan – Cikgu Abas meminta Fuad membantu anak-anak muridnya dalam pelajaran bahasa Inggeris
Masyarakat yang suka memburuk-burukkan orang lain – Cikgu Zamani tidak suka akan sikap Farhana dan menasihati Fuad agar tidak memilih Farhana sebagai isteri.
Masyarakat yang reda dengan ketentuaan Ilahi – Fuad menerima hakikat tidak dapat berkahwin dengan Farhana kerana mereka adik beradik malah bersyukur Farhana dapat menggantikan tempat Sofia
Masyarakat yang kuat berpegang kepada ajaran agama – Fuad rajin mengerjakaan solat walau di mana-mana dia berada
Masyarakat yang menghormati tetamu – adik-adik Farhana menyediakan hidangan, kain pelekat dan tuala untuk Fuad yang datang ke rumah mereka.


PLOT

Permulaan

Menceritakan kisah Fuad yang pulang lewat dari hutan setelah keluar mencari kayu api untuk kegunaan Mak Salmah memasak air. Kelewatannya membimbangkan Mak Salmah dan Pak Ismail. Selesai solat maghrib, Fuad ke surau untuk solat isyak berjemaah. Fuad bercadang memulakan perniagaan dengan wang yang ada dalam akaunnya.

Perkembangan

Fuad mengenangkan kepulaangannya ke danau Seberang sejak setahun yang lalu selepas kematian Sofia, adiknya. Kemudian dia kembali ke rumah Pak Ismail untuk mendalami ilmu agama. Fuad juga ditawarkan guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia. Dia mengenali Farhana dan menjadi rakan yang akrab. Kesibukannya di sekolah tetap tidak melemahkan semangatnya untuk mencari saudara mara sebelah ibunya.

Konflik

Chin ke sekolah mencari Fuad. Fuad ke Lembah Klau untuk mencari pusara ibunya dan berjumpa dengan Pak Ngah Lias yang memberitahunya Fuad dilahirkan Islam dan diberi nama Abdul Halim manakala nama ayah Fuad ialah Roslan. Usaha mencari pusara ibunya semakin sukar apabila Fuad diberitahu bahawa ibunya masih hidup. Fuad bertemu Peter Lim dan Swee Lan untuk meminta bantuan mendapatkan barang-barang peninggalan ibunya untuk memudahkan pencarian.

Klimaks

Farhana pulang ke kampung kerana ibunya sakit dan dimasukkan ke hospital. Robert Lim dan Chin pergi ke Danau Seberang untuk menyerahkan cincin perkahwinannya dan gambar Mariana kepada Fuad. Setelah mendapat tahu Fuad ke Kuantan, mereka menyusul Fuad. Ketika di wad, Fuad terpandang fail pesakit ibu Farhana dan mendapati nama ibu Farhana ialah Mariana binti Osman yakni sama dengan nama ibunya. Robert Lim mengesahkan bahawa ibu Farhana ialah bekas isterinya dan juga ibu Fuad. Fuad terharu dengan pertemuan itu.

Peleraian

Fuad dan Farahana menerima hakikat bahawa mereka adik beradik. Fuad pulang ke Danau Seberang dan berjumpa Cikgu Abas untuk menceritakan keadaan sebenar. Fuad telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah selama setahun di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Fuad membawa ibu, Pak Ismail dan Mak Salmah ke Mekah untuk mengerjakan umrah. Robert Lim turut datang ke lapangan terbang untuk menghantar mereka. Fuad juga mendapat berita gembira bahawa ayahnya, Robert Lim menyatakan hasratnya untuk ke Mekah.

TEKNIK PENCERITAAN

Dialog – Dialog Fuad dang Pak Mail ketika menyatakan hasratnya untuk membeli tanah milik Awang Sojar .

“Betul Pak Mail.”
“Berduit engkau?” (m/s 18)

Monolog – Fuad bermimpi bertemu ibu kandungnya.

“Ibu!” keluhnya dalam gelap (m/s 13)

Monolog Dalaman – Fuad telah tamat belajar muqaddam, sudah kenal huruf dan tahu barisnya...Sememangnya dia terang hati, begitu fikir Ismail selalu (m/s 4)

Imbas kembali – Fuad terkenang semasa dia mula-mula menetap di Danau Seberang.

Hampir setahun lamanya dia mengambil waktu memulihkan keadaan selepas pulang tanpa membawa Sofia ke Danau Seberang (m/s 11)

Saspens – Fuad berdebar-debar apabila mendapati nama ibu Farhana sama seperti nama ibu kandungnya.

Mariana? Mariana binti Osman? Bukankah...? (m/s 180)

Kejutan – Fuad, Pak Ngah Lias dan Said terkejut apabila mendapat tahu bahawa ibu kandung Fuad masih hidup.

“Memang adik Mariah tu bersalin di sini tapi...bukannya meninggal,”... (m/s 108)




GAYA BAHASA

Simile - Dia selamnya yakin, orang yang dipujuknya sekarang ibarat sebutir permata (m/s 31)

Metafora – betapa pun cuma anak angkat benar-benar mengheretnya ke lurah api (m/s 22)

Personifikasi – maghrib sudah tua, ombak menggulung tinggi saling berkejaran untuk memenangi pantai (m/s 10)

Hiperbola – membungai hatinya (m/s 31) dan meletuskan kekaguman (m/s 106)

Sinkope – “Pak Mail tak suruh kau buat kerja-kerja tu semua Fuad. Lagipun Mak Mah kau... (m/s 3)

Penggunaan bahasa Inggeris & Arab - mentor mentee (m/s 46) dan alhamdulillah dan insya-Allah (m/s 40)




NILAI

Kegigihan – Kegigihan Fuad menjejak ibu kandungnya membuahkan hasil apabila apabila akhirnya Fuad berjaya bertemu dengan ibu kandungnya

Kasih sayang – Fuad menyayangi kedua-dua adik perempuannya iaitu Sofia dan Farhana

Berdedikasi – Fuad dan Farhana menjalankan tugas sebagai guru denan penuh dedikasi untuk meningkatkan prestasi para pelajar

Ketaatan kepada agama – Fuad melaksanakan tugasnya sebagai umat Islam walaupun merupakan saudara baru

Hormat menghormati – Pak Ismail menghormati tetamunya, Robert Lim walaupun pernah melukakan hati keluarganya.

Keikhlasan – Fuad membantu Borhan membawa anaknya yang sakit ke Kuantan untuk mendapatkan rawatan



PENGAJARAN

Kita hendaklah sentiasa menghargai dan menyayangi kedua-dua ibu bapa kita – Fuad menyayangi ibu dan menguruskan segala keperluan ibunya yang sakit lelah. Fuad juga tetap menyayangi bapanya biarpun sudah sekian lama tidak bertemu.

Kita hendaklah berusaha sehingga beroleh kejayaan – Fuad gigih meneruskan pencarian ibunya sehingga akhirnya dia dapat bertemu kembali dengan ibu kandungnya

Kita perlulah menghulurkan bantuan kepada golongan yang menghadapi kesususahan – Fuad menumpangkan Farhana apabila Farhana tidak mendapat tiket untuk pulang ke kampungnya

Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita – Fuad kesal dengan sikap Farhana yang menegur Cikgu Zamani dengan kasar tanpa menghiraukan perbezaan usia mereka

Kita mestilah mengerjakan suruhan Tuhan – Fuad tetap menunaikan solat walaupun menjadi musafir semasa dalam perjalanan pulang ke kampung
.


                                                                              tamat!!