KESEDARAN DIRI


Akal dan Hati
Hati itu bagaikan raja. Dalam organisasi diri, ia menentukan keputusan samada sesuatu
tindakan itu perlu dibuat atau tidak. Segala gerak dan perbuatan tubuh harus terlebih
dahulu mendapat kelulusan hati. Akal fikiran sekadar memberi idea, saranan dan nasihat.
Akal fikiran juga mampu mencerakinkan idea-idea tersebut samada yang positif atau
negatif. Terpulanglah kepada hati untuk memilih, seterusnya menterjemahkannya dalam
bentuk tindakan.
Pusat operasi akal ialah di otak. Output yang dapat dijanakan oleh otak ini
ditentukan oleh sejauh mana pengetahuan yang ia ada. Jika ia memiliki pengetahuan yang
benar, luas dan mendalam, maka idea-idea yang dijanakan akan lebih pelbagai, berkualiti
dan bernas. Jika ia memiliki pengetahuan yang sempit, cetek dan terhad, idea-idea yang
bakal dijanakan akan menjadi kabur, silap dan kurang meyakinkan. Justeru, peranan akal
dan pengetahuan adalah penting sebagai perdana menteri dalam sebuah kerajaan kecil
diri.
Akal dan pengetahuan akan menjadi tidak bermakna sekiranya hati tidak
beroperasi dengan cara yang wajar dan sempurna. Pusat operasi hati ialah di dada, iaitu
sekitar kawasan jantung. Namun ia bukanlah merujuk kepada alat pengepam darah yang
bernama jantung itu, tetapi lebih kepada suatu kekuatan yang bersifat ruhaniah.
Keputusan-keputusan yang dibuat oleh hati boleh jadi positif atau negatif, bergantung
kepada keadaan yang menguasai hati itu. Jika iman menguasai hati, maka keputusan 
yang dibuat akan menjurus kepada keselamatan, kebaikan, kebahagian,
ketenangan, kebajikan dan kebenaran. Jika nafsu-nafsu yang rendah lebih menguasai hati,
keputusan-keputusan yang dibuat akan membawa kepada kekecohan, keburukan,
keseronokan sementara, kebimbangan, kezaliman dan kebatilan.
Di sini proses pengurusan dan pembersihan hati adalah amatlah penting untuk
memastikan organisasi diri sentiasa berada pada prestasi positif yang terbaik.

MUTIARA KATA
Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan
yang harmoni.
Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk
mengesat benda -benda yang kotor
Satu ciuman yang mesra adalah satu ciuman yang tidak membawa apa apa makna
kerana disebaliknya ia akan membawa kemudaratan,tetapi satu ciman yang
pantas ia nya menyingkap seribu makna yang tersirat disebalik yang tersurat......"
Say what you want to say when you have the time, tomorrow maybe one day
late. Our deepest regrets are words unsaid and things undone.
KEBAJIKAN ITU LEBIH BAIK DARI WAKTU
Wanita itu sendiri adalah rahsia
Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya,
akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan
kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana
tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana
berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana
beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana
bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat
kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa,
maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu,
maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam
hati...

SAHABAT YANG BAIK ADALAH ORANG YANG BERCAKAP BENAR,
DAN BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.
pandangan mata slalu menipu..
pandangan akal slalu tersalah..
pandangan nafsu slalu melulu..
pandangan hati itu yg hakiki..
"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,
umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"
"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.
Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa
menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
"Hidup umpama aiskrim.Nikmatilah ia sebelum cair"
JIKA ANDA BERSAHABAT BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN
DEMI SAHABAT ANDA TERSEBUT, JIKA ANDA BERMUSUHAN
DENGAN SAHABAT ANDA BERSIAPLAH UNTUK MENGALAH DEMI
PERSAHABATAN KALIAN.

Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;
Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana
Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan
Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
" USAH DITURUTI REAKSI EMOSI, LANTARAN IMPLIKASI
TAK SERASI DENGAN APA YANG DIIMAGINASI "
WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG
RUSUK ATAS UNTUK MEMERINTAH,
BUKAN DARIPADA RUSUK BAWAH UNTUK DIPIJAK, TETAPI
TERLETAKNYA RUSUK ITU
DI BAHAGIAN DADA DAN BERDEKATAN DENGAN TANGAN
BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI
DAN HATI YANG MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG.
" Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji."
(La Roche)
"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan.
Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.
Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"
" Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh
menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah
menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"
" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia
adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya
bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak
sanggup menerima penderitaan.
( Harieta Wahab)
Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan
Kejelitaan seorang wanita terletak pada sifat pemalunya
" Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yg mampu memenggal
leher seorang lelaki.
( A.L Alek Wong)
" Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya.
Jangan pula terlalu membenci seseorang,kelak kita akan menyayanginya."
"Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan.
Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan"
" Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau
emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"
" Cinta itu apabila anda bertemu dan membuat pilihan yang tepat"
" Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup
seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."
" Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya.
Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"
"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang
ditinggalkan".

" Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka
dengan sendirinya cinta itu akan hadir"
" Cinta seringkali akan lari bila kita mencari,
tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri"
"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari
sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg
mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
( Saidina Ali)
" Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada
harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"
(Saidina Ali)
"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya
pinjaman dan mati tak berteman.."
" Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka
ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya
maka ia tidak akan mempedulikanmu"
"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat
menguasai dirinya sendiri"
"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang,
Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."
"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan,
sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."
"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita ada,
tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."
"Apa yang diperolehi dalam hidup ini,
adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."
"Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat.
Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi."
"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."
"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan.
Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang
kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."
"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan
yang menjelma."

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,
tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."
"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna
jika tidak melakukan perkara yang betul."
"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang
terbaik."
"Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang
dilakukan,
pasti akan menghasil kecemerlangan."
Hawa dicipta dari rusuk Adam. Bukan dari kepalanya untuk dijunjung atasnya.
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasnya, melainkan dari sisinya untuk
dijadikan teman hidupnya. Dekat pada lengannya untuk dilindungi dan dekat pada
hatinya untuk dicintai..........