Soalan bocor SPM 2012 ada di sini

PANASSS!!! Gua malas nak cakap banyak. Sekarang ni gua ada soalan bocor untuk SPM 2012 yang bakal bermula hari Isnin ni. Jangan tanya kat mana gua dapat, gua ramai kaki kat Kementerian Pelajaran. Sekarang kat gua ni ada soalan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Pendidikan Islam, Add Math, Sains, Fizik, Kimia dan Biologi. Kalau nak scroll ke bawah dan download cepat sebelum kena remove. 


Start dengan soalan Ilmu Hisap dulu:





Alamak dah bocor pulak soalan SPM yang gua ada ni... Yang lain2 dalam simpanan gua pun macam ni jugak, kena makan dengan anai2 kot. Takde rezekilah korang yang nak amik SPM tahun ni dapat soalan bocor. Nampaknya gua hanya mampu nak ucapkan Selamat Maju Jayalah pada korang semua MUAHAHAHAHA...

Korang pun dah belajar 6 tahun kat sekolah rendah, 5 tahun kat sekolah menengah, 11 tahun kot menuntut ilmu, takkan tak boleh jawabkan... Kalau berjaya nanti baguslah, kalau gagal pun jangan putus asa, ingatlah ini bukan pengakhiran, kehidupan selepas zaman persekolahan lebih panjang dan mencabar untuk ditempuhi. Akhir kata, tiada jalan pintas untuk berjaya, BERUSAHALAH!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan