DOA MOHON DIHILANGKAN RASA BERDEBAR-DEBAR.




Salam Pembaca Yang Budiman,

N3 kali ini atas permintaan seorang pembaca yang selalu berhubung dengan captain melalui SMS. Masalahnya ia tak dapat tidor malam dan hatinya sentiasa dan selalu berdebar-debar. 

Masalah berdebar-debar keatas seseorang itu mungkin disebabkan terlalu fokus kepada sesuatu masalah. Masalah peribadi dan masalah ini akan terbawa-bawa sehingga apabila seseorang itu hendak lelapkan matanya tetapi fikiran itu masih  memikirkan masalah. Jadi memang payah nak tidur malam.

Sebelum tidur eloklah minum "hot chocolate" atau "green tea". Elak minum kopi pada sebelah malam dan jangan makan daging lembu pada masa waktu makan malam. Makan makanan yang ringan sedikit supaya penghadaman itu tidak menganggu masa nak tidur. 

Ada satu doa ini, eloklah dibaca kepada mereka yang selalu rasa berdebar-debar dan rasa takut takala nak tidur. Baca sebelum nak tidur. Insyaallah rasa berdebar-debar itu akan hilang. Doa ini juga dibaca apabila bertemu dengan musuh atau penguasa.


ALLAHUMAINNA NAJ'ALUKAFII NUHUU RIHIMM WANA'UZUBIKA MIN SHURURIHIM"

Maksudnya:

"Ya Allah, sesungguhnya aku menjadikan Engkau dileher mereka (agar kekuatan mereka tidak berdaya) dan aku berlindung dari keburukan mereka".

Wasallam.

memang mengempar ada pelajar IPT sanggup guna jin inggeris untuk lulus cemerlang subject BI





Kalau dengar memang pelik dan tak percaya dengan perkara-perkara mengarut ini. Tapi memang benar kerana jin "Kafir" bukan khas untuk orang Melayu sahaja di dunia ini. Ada jin yang bertuankan "Mat Salleh" tinggal dalam gereja murtadkan orang Islam yang lemah iman kerana RM1000. Yang tinggal kat Wat Siam lagi banyak, tugas utamanya melakukan kerja-kerja sihir untuk tuannya. Kadang-kadang bila seorang itu disampok Jin yang berdampingi dengan bomoh Siam itu. Orang itu boleh bercakap Siam. Selalu berlaku bila berubat kat Pusat Perubatan Islam semasa Ustaz hendak keluarkan makhluk halus dari badan pesakit. Ada yang terkena Jin dari Indonesia boleh bercakap bahasa Jawa Sunda sebiji macam suara penyanyi Broery Marantika(Akhir Sebuah Impian).

KUALA LUMPUR: Mungkin ramai menganggapnya melucukan, namun ia benar-benar berlaku apabila segelintir penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini percayakan kuasa daun sirih untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Bahasa Inggeris. 

‘Daun sirih hikmat’ itu diperoleh daripada seorang bomoh dengan bayaran RM350, jumlah yang mereka anggap berbaloi kerana membolehkan mereka lulus cemerlang subjek bahasa Inggeris selepas sekian lama gagal atau sekadar lulus ‘cukup makan.’

Dua pelajar IPT terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 22 dan Rashid, 23, mendakwa daun sirih itu amat berkesan apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang setiap kali peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

“Terpulang kepada orang lain sama ada mahu percaya atau tidak, tapi bagi saya dan beberapa rakan lain, kami sudah menggunakan sirih itu dan ia terbukti berkesan.

“Cara menggunakannya juga mudah, tak perlu makan dan tak perlu baca sebarang mantera atau jampi, sebaliknya kita hanya perlu letakkan sirih itu di dalam poket seluar ketika memasuki dewan peperiksaan,” kata Azman ketika ditemui.


gambar kemaluan khunsa (pengetahuan)


gambar kemaluan khunsa


Secara fitrahnya Allah mencipta manusia dalam keadaan berpasangan iaitu lelaki dan perempuan. Selain itu ada juga satu lagi jenis manusia yang mempunyai dua jantina iaitu dipanggil sebagai khunsa. Kewujudan golongan ini merupakan tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah S.W.T.
Dari segi Fiqh Islam, khunsa adalah seseorang individu yang tidak diketahui jantina sama ada lelaki ataupun perempuan disebabkan dia memiliki zakar dan faraj serentak ataupun tidak memiliki kedua-duanya sejak kecil lagi.
Khunsa terbahagi kepada dua jenis, iaitu khunsa musykil (khunsa yang diragui) dan juga khunsa ghair musykil (khunsa yang tidak diragui)Khunsa musykil ialah individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh diklasifikasikan sebagai lelaki ataupun perempuan. Manakala khunsa ghair musykil pula ialah individu yang sudah dapat dipastikan sama ada dia itu wajar dikategorikan sebagai lelaki ataupun perempuan melalui tanda-tanda seperti kedatangan haid.
Harus dari sudut hukum syarak bagi khunsa ghair musykil untuk berkahwin tetapi haram bagi khunsa musykil untuk berkahwin. Dalam bahasa inggerisnya khunsa di sebut sebagai hermaphrodite

AMARAN:Paparan gambar di atas ialah bukan bertujuan untuk memaparkan gambar lucah tetapi sebagai pengetahuan kepada semua yang tidak mengetahui bagaimanakah kemaluan khunsa. Sesungguhnya ilmu itu perlu dikongsi. Larangan kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun untuk melihat gambar di atas.


aku terkena cacar aghHhh!!!

dah empat hari aku tak ke sekolah huhuhu...doktor suruh cuti satu minggu takut terkena terjangkit kat orang.
bosan lahh dalam bilik berkurung jeww ,mau jalan-jalan pon dilarang huuu.
menyusahkan lah cacar niii penug satu badan .
buat entry pon tiada MOOD ehhehehe k lah

cleverbot



memang best,kata orang boleh hilang kan bosan. (ahhh hilangkan bosan?) ya memang hilang kan bosan cuba korang pergi laman sosial tulis apa sahaja yang korang tulis ,memang akan di balas. laman web pintar yang dihasilkan oleh Rollo Carpenter iaitu Cleverbot. Tapi kalau korang tulis bahasa melayu fuhh bukan main lagi 
benda yang kita tulis jadi lain (mcam orang gila kita dibuat kan pening gila) otak2 kuning pon keluar .. 
apa yang korang tulis kan di kitar semula:
Maksud dikitar semula,anda sebenarnya kan bukan berinteraksi dengan seorang manusia.Sebaliknya jawapan yang diberikan oleh cleverbot ini kebanyakannya diperolehi daripada orang ramai, hasil daripada perbualan secara rambang.Kiranya jawapan atau soalan yang pernah diajukan kepada cleverbot ini akan diproses dan dimasukkan kedalam database mereka untuk dijadikan rujukan dimasa  akan datang.
mahu main dengan cleverbot?
korang le klik kat sini:
http://www.cleverbot.com/






Apakah Ertinya Warna Hijau Di Sisi Islam

Membenci sesuatu warna atas dasar dengki, dendam dan benci dan seumpamanya adalah dibimbangi boleh merosakkan akidah. Kadang-kadang kerana politik, ada manusia yang benci akan warna hijau. Mereka ini rasa tidak senang kalau ada orang memakai baju berwarna hijau, mengedarkan handouts yang berwarna hijau, mengecat rumah dengan warna hijau dan sebagainya. Berikut dipetik maksud beberapa ayat al-Quran yang telah meletakkan warna hijau pada satu tempat yang mulia dan dipandang indah oleh Allah. 

1.” Mereka itu disediakan baginya Syugra yang kekal, yang mengalir dibawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian HIJAU dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam, mereka berehar di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.”( Surah Al-Kahfi:Ayat 031)

2. “Penduduk Syurga itu ( bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.”(Ar-Rahman: Ayat 76)
3. “Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman ( yang lain) yang bersih suci.”(Al-Insan: Ayat 21)

Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna hijau. Nabi s.a.w. juga menggemari warna hijau. Simbol-simbol keIslaman di seluruh dunia adalah berwarna hijau.
Jelaslah bahawa warna HIJAU adalah warna Syurga, warna yang disukai oleh Allah yang mencipta warna itu sendiri dan indah pula sehingga menghiasi Syurga. Justeru itu, mudah-mudahan pendedahan ini membuka hati manusia agar beriman dan menyukai apa yang disukai oleh Allah dan Rasul-Nya; memandang indah apa yang dipandang indah oleh Allah dan Rasul-Nya serta bercita-cita pula untuk memakai pakaian berwarna HIJAU di Syurga kelak.

Wallahualam...

Hari jumaat

Sebaik-baik hari adalah hari Jumaat..


Sebaik-baik hari adalah hari Jumaat, pada hari itulah diciptakan Nabi Adam, dan pada hari itu dia diturunkan ke bumi, pada hari itu pula diterima taubatnya, pada hari itu pula beliau diwafatkan, dan pada hari itu pula terjadi Kiamat. Pada hari itu ada saat yang kalau seorang muslim menemuinya kemudian solat dan memohon segala keperluannya kepada Allah, nescaya akan dikabulkan”. (HR. Abu Daud, At-Tirmidzi, An-Nasai)

Hari Jumaat adalah hari yang memiliki erti yang sangat istimewa bagi umat Islam. Banyak hadis-hadis yang menjelaskan keutamaan dan kekhususan hari Jumaat dibandingkan dengan hari-hari yang lain.

Imam Ibnul Qayyim Al Jauziyah dalam kitabnya Zaadul Ma’ad memuatkan hadis-hadis sehingga beliau membuat kesimpulan sehingga ada 33 keistimewaan hari Jumaat dari hari-hari yang lain.

Allah SWT berfirman:

“Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui”. (QS. 62:9)

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah berkata:

* Hari Jumaat adalah hari ibadah.

Hari ini dibandingkan dengan hari-hari lainnya dalam seminggu, laksana bulan Ramadhan dibandingkan dengan bulan-bulan lain.

Waktu mustajab pada hari Jumaat seperti waktu mustajab pada malam lailatul qadar di bulan Ramadhan. (Zadul Ma’ad: 1/398).

* Hari Jumaat merupakan hari raya buat mereka di dunia, pada hari itu Allah memenuhi permintaan dan keperluan, yang meminta tidak akan ditolak.

*Hari Jumaat adalah hari yang disunnatkan untuk meluangkan waktu untuk beribadah, ia mempunyai keistimewaan dibandingkan hari-hari yang lain.

*Solat Jumaat, salah satu kewajipan yang amat penting dalam Islam dan merupakan salah satu detik yang besar berkumpulnya kaum muslimin, lebih besar dari waktu – waktu yang lain kecuali waktu ‘Arafah.

Orang yang meninggalkan solat Jumaat kerana menganggapnya remeh dan malas, Allah akan menutup hatinya.

Diriwayatkan oleh Ibnu Amru ra, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Setiap muslim yang mati pada siang hari Jumaat atau malamnya, nescaya Allah akan menyelamatkannya dari fitnah kubur”. (HR. Ahmad dan Tirmizi, dinilai shahih oleh Al-Bani).

Neraka jahannam dinyalakan setiap hari, kecuali hari Jum’at, sebagai penghormatan terhadap hari ini. (Zadul Ma’ad: 1/387).

Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:

“Sebaik-baik hari selama matahari masih terbit adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam diciptakan, diturunkan ke bumi, pada hari itu taubatnya diterima, dan pada hari itu beliau diwafatkan, pada hari itu kiamat akan terjadi, tidak ada satu – pun makhluk melata di muka bumi kecuali bersuara pada hari Jumaat dari mulai subuh sampai terbitnya matahari mereka takut (was-was) akan terjadinya kiamat, kecuali manusia dan jin. (HR. Abu Daud 1046, At-Tirmidzi 491, An-Nasa’i 1430) disahihkan oleh Arnauth dan yang lainnya.

Hadis Aus bin Aus ra, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera berangkat menuju masjid, dan menempati saf depan kemudian dia diam, maka setiap langkah yang dia ayunkan mendapat pahala puasa dan solat selama satu tahun, dan itu adalah hal yang mudah bagi Allah”. (HR. Ahmad dan Ashabus Sunan, dinyatakan sahih oleh Ibnu Huzaimah)

smk gum - gum 2012

hari niii merentas desa daerah sandakan ,tapi saya?? di rumah jakk aku x lah aktif sukan nii hehhehe
tak sabar menanti kemenangan smk gum gum.( GO SMK GUM-GUM) 
kemenangan di tangan anda ,biar pun kalah tapi anda sudah berusaha lebih gigih
harap2 smk gum-gum mengharum kan nama sekolah 
ini jakk yang saya boleh sampaikan SELAMAT BERJAYA SMK GUM-GUM

time kecik



korang pernah buat salah satunya masa kecil:


1. Buka kipas meja, cakap depan kipas nak dengar suara bertukar.
2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.
3. Naik basikal,boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
4. Masa sekolah, ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain, beratur ambil air lagi.
5. Lukis burung guna huruf 'v'.
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit
7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --> 
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.