aku terkena cacar aghHhh!!!

dah empat hari aku tak ke sekolah huhuhu...doktor suruh cuti satu minggu takut terkena terjangkit kat orang.
bosan lahh dalam bilik berkurung jeww ,mau jalan-jalan pon dilarang huuu.
menyusahkan lah cacar niii penug satu badan .
buat entry pon tiada MOOD ehhehehe k lah

cleverbot



memang best,kata orang boleh hilang kan bosan. (ahhh hilangkan bosan?) ya memang hilang kan bosan cuba korang pergi laman sosial tulis apa sahaja yang korang tulis ,memang akan di balas. laman web pintar yang dihasilkan oleh Rollo Carpenter iaitu Cleverbot. Tapi kalau korang tulis bahasa melayu fuhh bukan main lagi 
benda yang kita tulis jadi lain (mcam orang gila kita dibuat kan pening gila) otak2 kuning pon keluar .. 
apa yang korang tulis kan di kitar semula:
Maksud dikitar semula,anda sebenarnya kan bukan berinteraksi dengan seorang manusia.Sebaliknya jawapan yang diberikan oleh cleverbot ini kebanyakannya diperolehi daripada orang ramai, hasil daripada perbualan secara rambang.Kiranya jawapan atau soalan yang pernah diajukan kepada cleverbot ini akan diproses dan dimasukkan kedalam database mereka untuk dijadikan rujukan dimasa  akan datang.
mahu main dengan cleverbot?
korang le klik kat sini:
http://www.cleverbot.com/






Apakah Ertinya Warna Hijau Di Sisi Islam

Membenci sesuatu warna atas dasar dengki, dendam dan benci dan seumpamanya adalah dibimbangi boleh merosakkan akidah. Kadang-kadang kerana politik, ada manusia yang benci akan warna hijau. Mereka ini rasa tidak senang kalau ada orang memakai baju berwarna hijau, mengedarkan handouts yang berwarna hijau, mengecat rumah dengan warna hijau dan sebagainya. Berikut dipetik maksud beberapa ayat al-Quran yang telah meletakkan warna hijau pada satu tempat yang mulia dan dipandang indah oleh Allah. 

1.” Mereka itu disediakan baginya Syugra yang kekal, yang mengalir dibawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian HIJAU dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam, mereka berehar di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.”( Surah Al-Kahfi:Ayat 031)

2. “Penduduk Syurga itu ( bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.”(Ar-Rahman: Ayat 76)
3. “Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman ( yang lain) yang bersih suci.”(Al-Insan: Ayat 21)

Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna hijau. Nabi s.a.w. juga menggemari warna hijau. Simbol-simbol keIslaman di seluruh dunia adalah berwarna hijau.
Jelaslah bahawa warna HIJAU adalah warna Syurga, warna yang disukai oleh Allah yang mencipta warna itu sendiri dan indah pula sehingga menghiasi Syurga. Justeru itu, mudah-mudahan pendedahan ini membuka hati manusia agar beriman dan menyukai apa yang disukai oleh Allah dan Rasul-Nya; memandang indah apa yang dipandang indah oleh Allah dan Rasul-Nya serta bercita-cita pula untuk memakai pakaian berwarna HIJAU di Syurga kelak.

Wallahualam...

Hari jumaat

Sebaik-baik hari adalah hari Jumaat..


Sebaik-baik hari adalah hari Jumaat, pada hari itulah diciptakan Nabi Adam, dan pada hari itu dia diturunkan ke bumi, pada hari itu pula diterima taubatnya, pada hari itu pula beliau diwafatkan, dan pada hari itu pula terjadi Kiamat. Pada hari itu ada saat yang kalau seorang muslim menemuinya kemudian solat dan memohon segala keperluannya kepada Allah, nescaya akan dikabulkan”. (HR. Abu Daud, At-Tirmidzi, An-Nasai)

Hari Jumaat adalah hari yang memiliki erti yang sangat istimewa bagi umat Islam. Banyak hadis-hadis yang menjelaskan keutamaan dan kekhususan hari Jumaat dibandingkan dengan hari-hari yang lain.

Imam Ibnul Qayyim Al Jauziyah dalam kitabnya Zaadul Ma’ad memuatkan hadis-hadis sehingga beliau membuat kesimpulan sehingga ada 33 keistimewaan hari Jumaat dari hari-hari yang lain.

Allah SWT berfirman:

“Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui”. (QS. 62:9)

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah berkata:

* Hari Jumaat adalah hari ibadah.

Hari ini dibandingkan dengan hari-hari lainnya dalam seminggu, laksana bulan Ramadhan dibandingkan dengan bulan-bulan lain.

Waktu mustajab pada hari Jumaat seperti waktu mustajab pada malam lailatul qadar di bulan Ramadhan. (Zadul Ma’ad: 1/398).

* Hari Jumaat merupakan hari raya buat mereka di dunia, pada hari itu Allah memenuhi permintaan dan keperluan, yang meminta tidak akan ditolak.

*Hari Jumaat adalah hari yang disunnatkan untuk meluangkan waktu untuk beribadah, ia mempunyai keistimewaan dibandingkan hari-hari yang lain.

*Solat Jumaat, salah satu kewajipan yang amat penting dalam Islam dan merupakan salah satu detik yang besar berkumpulnya kaum muslimin, lebih besar dari waktu – waktu yang lain kecuali waktu ‘Arafah.

Orang yang meninggalkan solat Jumaat kerana menganggapnya remeh dan malas, Allah akan menutup hatinya.

Diriwayatkan oleh Ibnu Amru ra, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Setiap muslim yang mati pada siang hari Jumaat atau malamnya, nescaya Allah akan menyelamatkannya dari fitnah kubur”. (HR. Ahmad dan Tirmizi, dinilai shahih oleh Al-Bani).

Neraka jahannam dinyalakan setiap hari, kecuali hari Jum’at, sebagai penghormatan terhadap hari ini. (Zadul Ma’ad: 1/387).

Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:

“Sebaik-baik hari selama matahari masih terbit adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam diciptakan, diturunkan ke bumi, pada hari itu taubatnya diterima, dan pada hari itu beliau diwafatkan, pada hari itu kiamat akan terjadi, tidak ada satu – pun makhluk melata di muka bumi kecuali bersuara pada hari Jumaat dari mulai subuh sampai terbitnya matahari mereka takut (was-was) akan terjadinya kiamat, kecuali manusia dan jin. (HR. Abu Daud 1046, At-Tirmidzi 491, An-Nasa’i 1430) disahihkan oleh Arnauth dan yang lainnya.

Hadis Aus bin Aus ra, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera berangkat menuju masjid, dan menempati saf depan kemudian dia diam, maka setiap langkah yang dia ayunkan mendapat pahala puasa dan solat selama satu tahun, dan itu adalah hal yang mudah bagi Allah”. (HR. Ahmad dan Ashabus Sunan, dinyatakan sahih oleh Ibnu Huzaimah)

smk gum - gum 2012

hari niii merentas desa daerah sandakan ,tapi saya?? di rumah jakk aku x lah aktif sukan nii hehhehe
tak sabar menanti kemenangan smk gum gum.( GO SMK GUM-GUM) 
kemenangan di tangan anda ,biar pun kalah tapi anda sudah berusaha lebih gigih
harap2 smk gum-gum mengharum kan nama sekolah 
ini jakk yang saya boleh sampaikan SELAMAT BERJAYA SMK GUM-GUM

time kecik



korang pernah buat salah satunya masa kecil:


1. Buka kipas meja, cakap depan kipas nak dengar suara bertukar.
2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.
3. Naik basikal,boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
4. Masa sekolah, ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain, beratur ambil air lagi.
5. Lukis burung guna huruf 'v'.
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit
7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --> 
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.

anugerah juara lagu 26

Wahai WANITA SELURUH DUNIA , wahai GADIS SEMASA , berpada-padalah mencari CINTA MUKA BUKU sebelum anda rasa BERIBU SESALAN . KALAU BERPACARAN tu jangan sampai lupa hukum KARMA . Oh sweetnya berKEKANDA ADINDA . Sweet sweet jugak , jangan sampai merana . Nanti masuk berita , seorang gadis bunuh diri dengan terjun ke SUNGAI LUI . Oh , itu PENAKUT namanya . Cinta itu berisiko . Kalau taknak tanggung risiko , jangan bercinta . KISAH HATI kita biarlah ikhlas kerana Allah , kerana itu adalah saat SEDETIK LEBIH yang sangat berharga. Kalau anda berduka , lihatlah video maharaja lawak jozan yang berbunyi - Begitulah AWAN NANO


SATU LAGI


SUNGAI LUI mnjadi saksi pertemuan KEKANDA ADINDA yang telah menjadi gelaran tanda kasih kita seketika.
Saat itu aku merasakan kaulah WANITA SELURUH DUNIA yang senantiasa menjadi GADIS SEMASA padaku. Namun, kini segalanya berubah, SEDETIK LEBIH telah aku habiskan menunggumu di tempat itu, namun kau tak kunjung tiba.
Mujurlah saat itu AWAN NANO sudi menemani sedihku. Baruku tahu kau sebenarnya seorang yang PENAKUT kerana tidak mampu berterus terang tentang statusmu.
Benarlah kata orang tua, " KALAU BERPACARAN biarlah berpada-pada, kelak BERIBU SESALAN mula muncul dalam diri ". Baru aku percaya CINTA MUKA BUKU bukanlah cinta yang sejati, aku percaya HUKUM KARMA dan dikau akan terima balasannya. Untk itu, biarlah aku pendam & simpan KISAH HATI ini untuk selamanya...





ANUGERAH JUARA LAGU 26 UNIK!!

waktu petang

Petang tadi ada seorang memanggil aku pergi rumah kawan mengambil cempedak,tapi saya tidak mahu jauh (maklumlah kaki facebook hihihi) terpaksa juga pergi kan btul tak ??? jalan-jalan terasa haus pula ,pergilah fung ming beli air. lepas dah di depan kaunter aku bayar lah RM5.00 ,dia tenggok lah duit ku tu dia kata kan
             kaunter: (siap letak plastik)ada duit lain kah
             saya      : tak ada lah kak
             kaunter : btul ke
             saya      :ya kak oiii
             kaunter : emmm... tak apa keluar
             saya     :ahhhh???
 fuhh malu nye sudah berbaris penat-penat tak dapat pula beli. muka pun terus merah. heran juga kenapa tidak dapat terima duit . sekali aku lihat duit ku lima ringit fuhh ada lubang kecik.. tak kan lah tak leh terima.. fUUUhhh memalukan kan jakk.. kawan ku pon ketawa ,tambah lah merah muka ehhhh!!!... perteruskan perjalanan kami ..sebab x dapat beli air , kami pergi stesen bas!   sekali saya masuk stesen bas saya bayar lah tambang bas...aiii?? dapat juga bayar guna duit 5 ringgit berlubang kecik.. pilih kasih lah kaunter tuu, mau jakk ku tamp!!!!! eh eh.. ikhtifar huuuuu.... k lah sambung japp (nak p rehat dulu) lalalaalala

merentas desa SMK GUM-GUM 2012

besok ada merentas desa di seluruh sandakan seperti beluran,sandakan,dan kinabatangan diadakan.. saya berharap smk gum-gum dapat memenangi pertandingan merentas desa AAmiiinn... fUUhhhh... ruginya saya tidak di pilih merentas desa.... cuti lah lagi besok empat hari hooooREEYYYY hihihi doa kan supaya smk gum-gum dapat mengharumkan nama sekolah amin