tentang Malaysia sebagai tanah air tercinta sebagai Ibu Pertiwi bangsa Melayu. Marilah kita sebagai rakyat Malaysia dari semua golongan sama-sama menyuluh diri kita sama ada kita mempunyai rasa hati yang mencintai negara Malaysia sepertimana beliau rasa:
Malaysia tanahairku yang tercinta, ibu pertiwi bangsa Melayu. Bangsa lain asalnya tetamu akhirnya dengan kemurahan hati orang Melayu mereka menjadi keluarga bangsa Melayu.Ibu pertiwi laksana ibu kandungnya tempat bermanja dan bergembira dan tempat mengadu. Tempat berhibur, tempat berlindung bagi bangsaku yang tercinta. Ibu pertiwiku kaya, ada khazanah yang terpendam, ada aset untuk anak-anaknya bangsanya. Ia wariskan dari satu generasi ke satu generasi untuk kebahagiaan mereka di zamannya. Ibu pertiwi kaya, ada harta, ada khazanah dan ada harta yang tersembunyi buat generasi seterusnya di masa depan.
Maka ramai pemimpin-pemimpin dan bukan pemimpin mengaku pemimpin hendak mengurusnya dan menjaga ibu pertiwi yang kaya. Maklumlah ibu yang kaya, banyak harta, boleh bermanja ramai yang berpura-pura ingin menjaga. Ramai mengambil kesempatan hendak mengurusnya. Pemimpin-pemimpin yang berebut-rebut tadi konon untuk menjaga maruahnya, hendak memelihara kedaulatannya, mereka rupanya mengkhianatinya. Merekalah yang menodai dan menjatuhkan maruah ibu pertiwi negara bangsa. Kekayaan ibu pertiwi disalahguna
Mereka menggunakannya sesuka hati, untuk peribadi dan kroni konon untuk mengurusnya dan menjaganya. Sudahlah begitu kerana mereka hendak menjaganya, mereka jatuh-menjatuhkan sesama sebangsa kerana ibu pertiwi kaya untuk mengurusnya mereka berkrisis dan berbalah dan berhasad dengki. Anak-anak ibu pertiwi berpecah-belah dan retak perpaduan mereka. Yang berjaya menjadi pengurusnya rasa bangga, yang gagal rasa kecewa dan sakit hati pula
Rakyat umum yang tidak bercita-cita mengurusnya tahu silap mereka, tapi tidak dapat membuat apa-apa. Mereka kecewa, tidak puas hati bercakap-cakap dan mengumpat di mana-mana marahkan mereka. Yang menjaga ibu pertiwi sedar ramai anak-anaknya kandung atau tiri tidak puas hati bahkan benci tapi mereka yang gilakan harta dan khazanah ibu pertiwi itu sudah hilang malu. Apa anak ibu pertiwi kata, biarlah dia kata apa sahaja yang penting aku sudah berjaya, aku sudah berkuasa, aku boleh buat apa sahaja. Di masa depan aku belum tentu ada kuasa dan mengurusnya. Mereka-mereka yang tidak campur tangan bahkan yang terpinggir membuat jalannya sendiri pula. Kalau para pemimpin membuat onar secaranya tersendiri, mereka ada onar yang tersendiri pula. Mereka lakukan berbagai-bagai gejala masyarakat yang menyusahkan semua golongan di dalam negara.Seolah-olah mereka berkata: Biarlah mereka pening kepala kerana kita juga pening kepala dibuat oleh mereka.
Mereka berlepak-lepak melakukan vandalism, ragut, salahguna dadah, lawan guru, lawan ibu bapa, gangsterism, bergaduh, black metal, skin head, bahkan ada yang murtad peduli apa. Hari ini ibu pertiwi sungguh ternoda, maruahnya terhina, wibawanya jatuh separas haiwan yang melata. Sekarang semua golongan termasuk yang menodanya cemas juga. Masing-masing menganggap kalau tidak cepat-cepat ibu pertiwi diselamatkan masa depan anak-anak negara akan dikuasai dan kedaulatannya terhina. Mereka semua sudah kehilangan idea. Mereka sudah kehabisan idea untuk menyelamatkannya. Bermacam-macam formula diguna pun tidak jadi juga, bahkan gejala masyarakat terjadi berganda-ganda. Sekarang barulah terfikir oleh mereka hendak mencari orang Tuhan menyelamatkan anak-anak bangsa.
Tapi para pemimpin masih ramai lagi yang belum mahu lagi sedar dan belum mahu merujuk kepada Tuhan dan orang-orang-Nya. Walau bagaimanapun setengah mereka sudah ada kesedarannya untuk merujuk kepada Tuhan dan orang Tuhan. Ini adalah khabar gembira dari Tuhan untuk bangsa kita sebagai anak ibu pertiwi yang tercinta.Kita harap sedikit masa lagi ibu pertiwi dijaga oleh anak bangsa yang ikhlas lagi dirahmati oleh Tuhan. Moga-moga ibu pertiwi bangsa maruahnya pulih semula, kedaulatannya gagah semula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan