Mampukah Manusia Melawan Kekuasaan Tuhan..?.? o_O95

Diakhir zaman ramai manusia yang pandai-pandai, mereka pandai, dipandaikan oleh Tuhan, tetapi malangnya mereka lupakan Tuhan. Orang yang melupakan Tuhan, dirinya menjadi Tuhan walaupun tidak dilafazkan. Maka Tuhan isytihar perang terhadap mereka yang pandai tapi melupakan Tuhan.


Tuhan hantarkan tentera angin untuk memusnahkan.
Tuhan hantarkan tentera air untuk merosakkan.
Tuhan hantarkan tentera gempa menghancurkan bangunan.
Tuhan hantarkan tentera yang sangat halus dikatakan kuman.
Tentera kuman ini lebih memusnahkan mereka yang sudah lupakan Tuhan.
Tentera ini tidak memusnahkan bangunan tetapi memusnahkan insan.
Melalui tentera-tentera kuman ini, lahirlah penyakit-penyakit HIV, Aids, sakit jantung, kencing manis, barah, paru-paru berair dan lain-lain yang menakutkan dan mematikan.
Datang lagi tentera-tentera Tuhan, Selsema burung namanya yang sangat menakutkan.
Tuhan arahkan tentera nyamuk memusnahkan manusia, penyakit denggi namanya, yang lebih cepat manusia terkorban.
Di mana kepandaian manusia nak melawan Tuhan?
Di mana kuasa manusia nak melawan kekuasaan Tuhan?

Tentera ini ia menyerang tidak mengenal bangsa, bangsa yang kuat macam Amerika turut kena serang. Tapi tentera Tuhan ini mereka tidak dapat menghalang. Setiap hari manusia yang pandai-pandai pening kepala, bila berhadapan dengan tentera Tuhan. Sekarang ini manusia didalam ketakutan kerana bermacam-macam tentera Tuhan yang menyerang dan mereka tidak dapat melawan.
Namun begitu manusia belum lagi insaf dan surrender kepada Tuhan. Mereka cuba cari jalan untuk mengatasi serangan Tuhan. Anehnya makin mereka cari jalan mengatasi, nampaknya tentera Tuhan makin galak menyerang.
Keadaan ini Tuhan terus menyerang, menghantar tentera dengan berbagai-bagai jenis, yang tak dapat dihalang sehingga didatangkan orang simpanan Tuhan untuk akhir zaman, barulah Tuhan meredakan serangan terhadap insan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan