dunia dan di akhirat

Untuk selamat di dunia dan di Akhirat, umat Islam mesti membangun, berkemajuan dan bertamadun bersama akhlak yang terpuji. Tamadun mestilah ditegakkan bersama akhlak dan disiplin hidup yang mulia. Kalau tidak, walaupun berjaya dan megah di dunia, di Akhirat akan rugi dan kecundang. Kerana segala usaha dan kemajuan itu tentunya tertolak dan tidak diterima oleh Tuhan. Nerakalah padahnya.

Selain itu, jika umat Islam membangun dan berkemajuan tanpa akhlak, ketenangan, keselamatan, keharmonian dan kesempurnaan hidup yang diidamkan tidak akan tercapai.
Kemajuan itu hanya setakat memperolehi kemudahan hidup atau bermewah-mewah sahaja. Kerana apabila pembangunan dan kemajuan yang dibangunkan tidak bertunjangkan iman dan taqwa dan tidak bersama akhlak yang mulia, ia ada side effectnya yang tidak baik. la tidak terlepas dari gejala masyarakat yang tidak sihat, jenayah dan kemungkaran. la tidak terlepas dari berlakunya perpecahan, jatuh-menjatuhkan, khianat-mengkhianati, pergaduhan dan lain-lain lagi. Maka dengan itu, kekuatan umat Islam tidak akan kekal lama.

Kemajuan fizikal semata-mata, tidak kira betapa hebatnya akan cepat jatuh dan musnah kalau orang-orangnya tidak dibangunkan insaniah mereka. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan