Assalamualaikum wbt.Terasa sayu untuk meninggalkan Ramadhan kerana belum tentu bertemu lagi Ramadhan yang akan datang. Mari menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan ini moga-moga dapat Malam Lailatul Qadar malam yang LEBIH BAIK dari 1000 bulan.“Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbandi
ng dengan masa yang lain.”
Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a. yang maksudnya: “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatul Qadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut” yang maksudnya:
“Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku.”
Mari kita memperbanyakkan doa 10 akhir Ramadhan ini, berdoalah bila-bila masa,dalam apa jua keadaan, sambil berdiri, duduk, berbaring,tengah rehat ,dalam kenderaan tengah buat kerja. Janganlah dilepaskan peluang keemasan ini untuk memohon daripada Allah SWT agar diberikan kesejahteraan di dunia dan akhirat, In sha Allah..
Allahumma innaka afuwwun tuhibbul afwa fa'fu 'anni..
Antara Tips :
~iaitu dengan beramal bersungguh-sungguh pada setiap malam 10 yang akhir di bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan Qiamulai, Berzikir, Membaca Al Quran dan Berdoa memohon keampunan dan keredhaan ALLAH SWT.
Insyallah dengan kita beramal setiap malam 10 akhir Ramadhan pasti salah satu malam tersebut adalah Malam Lailatul Qadar. Jangan lupa doa kita untuk Umat dan Makhluk seluruh alam insyallah Malaikat akan mendoakan kebaikan untuk kita kembali.