lucu kah??
Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”
Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”
Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”
Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”
Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”
Maka raja pun terdiam seketika.
Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”
Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.
KEYAKINAN DIRI
Janjilah kepada diri sendiri bahawa tanpa mengira betapa susah sesuatu masalah yang anda hadapi dalam kehidupan anda, anda akan mencuba dengan sedaya upaya anda untuk membantu diri sendiri.
Anda mengakui bahawa usaha anda untuk membantu diri sendiri itu mungkin tidak berbuah kerana pemberian ganjaran yang wajar adalah di luar kawalan anda.
Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi.
Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya
Mari kita hayati 10 Tips Mewujudkan keyakinan diri;
01.Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.
02.Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.
03.Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.
04.Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!
05.Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.
06.Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
07. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!
08.Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
09.Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
10.Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.
dari http://www.iluvislam.com
Doa pembuka 12 pintu
Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
doa nasihat
Dalam hadis 40 susunan Imam Nawawi, ada sebuah hadis yang berbunyi, "Agama itu nasihat." Hadis itu menyenaraikan bentuk-bentuk nasihat itu; iaitu kepada siapa. Salah satunya ialah kepada orang awam seperti kita.
Dan hari ini, kita telah melangkah ke tarikh 4 Muharram 1433 Hijrah. Maknanya, sudah masuk hari yang keempat kita diberikan ruang dan peluang untuk bernafas di tahun yang baharu. Terima kasih kepada Allah.
Pertama sekali, artikel kali ini ditulis bukanlah untuk memecah belahkan masyarakat. Jauh sekali untuk saya membawa kalian kepada terjebak ke dalam perpecahan. Pun begitu, saya berada dalam keadaan separuh terpaksa untuk menulis artikel ini walaupun saya sedar, di sebalik kebaikannya, ada juga nilai-nilai yang kurang enak, terutamanya bertitik tolak kepada kesatuan ummah. Maka, saya merayu dan memohon dengan merendah diri agar kalian membaca susunan ayat ini dengan jiwa yang besar juga hati yang basah dengan mahabbah.
Saya mahu berbicara tentang satu isu cabang; doa akhir tahun dan doa awal tahun, sunnahkah?
Sejak saya masih di bangku sekolah hingga kini, di pelantar kerjaya... saya sudah terdedah dengan amalan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun. Dan pada hemat saya, ia memang satu amalan yang bagus. Tetapi... ada beberapa perkara yang bersabit dengan amalan ini yang seharusnya kita ambil sedikit masa kita, tarik nafas... dan kemudiannya sama-sama bermuhasabah.
Di dalam islam, asal kepada setiap perkara yang bukan ibadah ialah harus melainkan ada dalil yang mengharamkannya. Sebagai contoh; makan. Kita boleh makan apa-apa sahaja yang kita suka, kecuali bahan-bahan yang tertera dalil (bukti) pengharamannya, seperti babi, bangkai, darah, harta anak yatim, harta riba... dan lain-lain. Senarainya boleh tahan panjang juga tapi tetap... yang halal itu jauh lebih banyak untuk kita pilih mengikut selera kita.
Dan di dalam islam juga, asas kepada ibadah ialah haram, melainkan ada dalil (bukti) yang membenarkannya. Sebagai contoh; ibadah solat. Di mana dalilnya? Senaraikan sahaja. Dalam al-Quran ada... dalam hadis dan perilaku sunnah Baginda juga ada.
Tapi, untuk amalan membaca doa awal tahun dan doa akhir tahun, ada dalil tak?
Entahlah. Setakat yang saya belajar, saya bertanya, dan saya membaca... dalilnya ada. Cukup konkrit juga, iaitu pada ayat 60 surah Ghafir. Kata Allah, "Berdoalah kepada-Ku. Nescaya Aku akan perkenankan permintaanmu".
Juga pada ayat ke 186, surah al-Baqarah... Allah berfirman, "Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaku"
Nah! Dua dalil pun sudah cukup bukan? Tetapi... yang disebut ialah berdoa. Ya. Tidak disebut pula perkataan akhir tahu atau awal tahun? Aneh ya. Jadi... wujud atau tidak amalan membaca doa di awal tahun dan akhir tahun ini?
Saya tiada jawapan. Allah lebih mengetahui. Tetapi bagi saya, berpegang dengan kedua-dua ayat al-Quran di atas... saya cenderung untuk mengatakan bahawa tidak ada masalah sekiranya kita mahu membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun. Lebih-lebih lagi, para ulama silam di nusantara sendiri telah lama mengamalkan amalan ini bahkan mewariskan pula dari satu generasi ke generasi yang datang kemudiannya. Kebaikannya jelas terpampang; iaitu kita tak terlupa bahawa kita sedang melangkah ke tahun islam yang baharu... walaupun di saat-saat dan ketika yang lain, kita terdorong untuk lebih mengingati tahun masihi dan melupakan langsung tahun hijrah; tahun islam. Ada benar atau tidak kata-kata saya?
Cuba hadam.
Maka, dengan sendirinya kita tak boleh meletakkan sebarang hukum kepada amalan membaca doa akhir tahun/awal tahun ini. Pertama sekali, Allah menyuruh kita untuk memperbanyakkan doa. Dalam hadis bahkan disebut bahawa doa itu senjata muslim. Tetapi itu bukanlah dalil yang menyatakan bahawa kita wajib melafazkan doa akhir tahun dan doa awal tahun!
Sebabnya mudah. Tidak ada dalil yang khusus tentang itu. Bahkan, tahun islam itu sendiri mula disusun di zaman pemerintahan Umar al-Khattab, dan tidak pula direkodkan dalam mana-mana riwayat bahawa beliau, atau Saidina Usman, atau juga Saidina Ali ada mengamalkan doa khusus akhir tahun dan awal tahun. Tiadak bukan? Jika anda ada bertemu dengan dalilnya, silalah lampirkan. Saya sangat-sangat mengalu-alukannya.
Oleh sebab itu... sudah terang lagi bersuluh bahawa amalan berdoa itu ialah suatu yang dituntut sepanjang masa, tidak kiralah pada remang-remang akhir tahun atau di sayup-sayup awalnya tahun baharu. Lalu, timbul persoalan. Antara berdoa dengan tidak berdoa, mana yang lebih baik?
Jawab saya, berdoa adalah lebih baik DENGAN SYARAT... anda tidak hanya berdoa di awal tahun dan di akhir tahun sahaja. Selepas daripada melafazkan dua doa itu, anda sepi, membawa diri dengan rasa cukup... seterusnya membawa diri anda kepada satu makam yang tinggi- 'Aku tak perlu berdoa. Tak ada sebab aku perlu berdoa!'
Inilah dia masalahnya. Dan bagi sesetengah orang... ini masalah kecil yang membawa kepada perpecahan masyarakat. Tapi bagi saya, ia bukan perkara kecil dan ia juga bukan perkara yang membawa kepada perpecahan, asal saja kita faham agama ini. Islam bukannya agama tradisi- sebaliknya ia adalah agama yang sudah sempurna; ditinggalkan oleh seorang Rasul yang terakhir, al-Quran yang tak pernah silap dan sunnah-sunnah yang tak pernah tidak releven.
Saya cuma ditugaskan untuk membuka mata kalian, sebagaimana Nabi Ibrahim bertugas untuk membuka mata kaumnya. Saya mahu kita semua sedar semula, mengapa pada sebuah amalan yang tidak ada dalil yang jelas... kita berebut-rebut dan bersungguh-sungguh benar untuk melaksanakannya? Sedangkan pada amal-amal yang ada dalil yang jelas seperti tahajjud dan lain-lain, kita mundur dibelakang?
Berdoa ialah amalan sepanjang masa; tidak terhad kepada masa dan tempat. Berdoalah di mana-mana sahaja dan bila-bila sahaja. Dan awas! Jangan sesekali kita melatakkan hukum wajib kepada amal ini (iaitu amalan membaca doa awal tahun/akhir tahun) kerana sekiranya kita meletakkan hukum wajib atau haram pada sesuatu yang Allah dan Rasul-Nya tidak mewajib dan mengharamkan, maka kita telah 'menggubal' agama ini. Dan kita pada ketika itu telah berbuat kemaksiatan dan kerosakan yang sangat besar.
latar belakang facebook
cantik tak latar belakang facebook tuu kalau x cantik boleh tukar lagi..
saya nak kongsi sedikit ilmu pada korang ..tapi korang nak mcam tu ke?? mehh aku ajar PERTAMA SEKALI klik
kepas dah klik tu pilih lah kesukaan warna korang
komen ya jangan tak komen pulak!!!!!
selamat mencuba :)
bersyukur nikmat allah swt
Allah berfirman dalam Al Quran yang bermaksud:
"dan sesiapa yang bersyukur dengan nikmatku maka aku akan tambahkan nikmat mereka itu dan sesiapa yang kufur(tidak bersyukur),maka azabku amat pedih"..
bahawa Allah amat suka kepada mereka yang tahu berterima kasih dan bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah dan Allah amat murka kepada mereka yang tidak tahu mensyukuri nikmat-Nya....
Mereka yang tidak tahu bersyukur adalah mereka yang kufur nikmat Allah SWT...
Hidup ini akan indah jika disulami dengan IMAN dan TAQWA.......dan kita perlu ingat,hidup ini ibarat roda....kadang2 di atas dan kadang kita dibawah.....hanya orang yang tahu menilai serta menghayatai erti kehidupan dengan iman dan taqwa,mampu bertahan dengan ujian Allah SWT serta tidak leka dengan kehidupan dunia...
Kita perlu sentiasa berdoa agar kita sentiasa berada dalam Redha Allah SWT
insaf!!!
Ya Allah jadilah usahaku ini satu ibadat yang Kauredai....
Ya Allah hilangkan raik, ujub dan sum'ah dalam diri......
Ya ALLAH, Ampunilah dosa kami, bantulah kami dalam menjaga Akal, Lidah, Hati dan Perbuatan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan KEMURKAAN-MU kepada kami yang sangat lemah. ILMU kami tidak sampai sebesar lubang jarum berbanding dengan lautan luas ciptaan-MU, bahkan kami selalu menurut hawa nafsu biarpun Firman-MU dan Sunnah Kekasih-MU ada dibumi-MU. Permudahkanlah segala urusan kami. Amin....
memberi nasihat
Kekadang kita berasa begitu bahagia apabila kita berada di atas..
Tetapi ingatlah Kejayaan yang kita kecapi hari ini tidak mungkin berkekalan untuk selamanya.
Dan ingatlah pasti suatu hari nanti kita akan jatuh kebawah juga…
Kerana hidup ini ibarat roda….
Oleh itu bersedialah untuk berada di kebawah semula…
Kerana cepat atau lambat ia pasti akan tiba……
Jika kita sudah jatuh kebawah..
Janganlah kita bersedih dan berputus asa..
Sebaliknya cepat-cepatlah kita bangkit untuk naik keatas semula…
Dan janganlah kita beranggapan jika kita jatuh sekali, kita akan jatuh selamanya..
Kerana pasti suatu hari nanti kita pasti akan naik keatas semula…
Tetapi itu semua bergantung kepada usaha kita juga…
Seperti roda… jika kita tidak memutarkannya pasti ia tidak akan bergerak…
Begitulah juga bagi kita.. jika kita tidak mahu berusaha..
Tidak mustahillah jika kita berada di bawah sahaja…
Dan jika kita selalu berusaha, tidak mustahillah bagi kita untuk berada di atas dalam tempoh masa yang lebih lama.
Langgan:
Catatan (Atom)